Ramai di luar sana minat menanam pokok bunga ros jepun nih, namun masih tak ramai yang berjaya kerana tak tahu Tanam Ros Jepun Nak Berbunga Lebat & Gemuk-gemuk. Biasalahkan kalau hendak mendapatkan ilmu sebaiknya mestilah berguru, barulah apa yang hendak dilakukan menjadi dan betul hasilnya. Dalam dunia menanam pokok bunga di laman rumah ni pun perlukan ilmu dan guru yang betul.
Selalu ada yang tanya saya, “kenapa ros jepun saya jadi panjang2 dan x nak rimbun?”
Jawapan nya, sebelum cucuk ke tanah, akak2 kena pastikan tanah sudah siap digaul dengan pasir, masukkan dalam pasu, ambil keratan ros jepun, kerat lebih kurang 2 inci dan cucuk ke medium tanaman. Jangan cucuk terlalu rapat.
Sebab apa kena kerat? Sebab nak bagi ros jepun merimbun dan berbunga lebat berketul2.
Pastikan pasu diletakkan di tempat yang boleh menerima cahaya matahari dari pagi sampai ke petang, selepas seminggu boleh mula baja, seminggu sekali sudah mencukupi.
Sekarang musim panas di perak, jadi kena siram pagi dan petang. Insyaallah ros jepun akak2 akan merimbun, gemuk dan berbunga lebat.
Contoh gambar di bawah adalah cara saya selalu tanam ros jepun
Kerat pendek dan cucuk jangan terlalu rapat.
Hasil lepas 10 hari tanam
Hasil selepas sebulan setengah, nak bunga berketul macam ni bergantung kepada penjagaan dan baja.
Sumber : Laman Ros Jepun Nami Leaf