Doktor Ini Kongsi Teknik Turunkan Berat Badan Dengan Konsep SukuSukuSeparuh

Perkongsian daripada Dr Khairul Hafidz Alkhair konsep #SukuSukuSepahruh untuk yang mahu menurunkan berat badan tapi tidak tahan menahan diri untuk diet. Semoga bermanfaat ya!

Orang selalu tanya apa yang saya selalu makan, mari saya share. Ini adalah makanan tengah hari saya untuk hari ini, inilah apa yang saya makan setiap kali lunch. Saya mengamalkan konsep #SukusukuSeparuh .

Di situ nampak pinggannya penuh & membukit kan? Itu kerana lebih separuh di pinggan saya adalah sayur-sayuran. Ayam saya makan dan kulitnya saya buang. Nasinya hanya suku pinggan sahaja.

Sedikit berlebihan kalori saya kerana saya sudah dalam maintainence phase, kalau yang mahu turunkan berat badan, ganti kuah sambal tu kepada sup kosong.

Dan makanan beginilah saya makan sewaktu saya berdiet dulu. Setiap kali lunch saya makan nasi, saya tak pernah tinggal makan nasi. Yang penting, jaga portion.

Sebab itu saya tak pernah rasa stress bila nak turunkan berat dahulu. Saya jadikan perjalanan menurunkan berat badan satu perjalanan yang menyeronokkan.

Kenyang ke makan begini? Sebenarnya sudah cukup.

Yang rasa kenyang itu bukan berapa banyak nasi yang kita makan, tapi apa yang kita makan untuk penuhkan ruang perut kita. Gunakan sayur sebagai ganti nasi kita tadi.

Nak ikut? Silakan.

Sumber: Petua Ibu

Author: admin

Leave a Reply