Cara Buat Sendiri Sardin Secara ‘Homemade’. Tak Perlu Beli Sardin Tin Lagi!

Sardin antara makanan dalam tin yang menjadi kegemaran ramai. Tapi pernahkah anda terfikir untuk membuat sendiri secara homemade seperti yang dijual dalam tin tu? Rupa-rupanya sangat mudah nak hasilkan sendiri sardin ni.

Anda juga boleh buat sardin ni dalam kuantiti yang banyak dan boleh buat stok di rumah. Aktiviti memasak pun akan jadi lebih mudah kan. Sekali dah buat sendiri, pasti anda akan jarang beli sardin tin lagi lepas ni.

Ikuti resipi lengkap cara-cara membuat sendiri sardin secara homemade di bawah. Perkongsian oleh Farah Kitchen.

Pergi pasar nampak ikan sardin segar bugar, geram tengok…So, merajinkan diri buat sardin. Jom buat sardin sendiri! pssssttt.. rasenye same macam beli yang dalam tin tu..malah lebih sedap dan jimat..boleh dipelbagaikan, boleh buat karipap sardin, sardin masak kari, sardin masak sambal, sardin masak kicap dan lain-lain..boleh makan sardin sampai lebammm…jangan mereput macam sardin sudah..hihi

Farah Kitchen

Cara Membuat Sardin Homemade

Bahan-bahan:

  1. *15 tangkai Lada kering
  2. *3 biji Tomato
  3. *5 ulas Bawang besar
  4. *12 ulas Bawang putih
  5. *1 inci Halia
  6. *1/2 cwn minyak masak

Bahan-bahan yang bertanda *perlu dikisar halus

Cara Membuatnya:

1. Bersihkan ikan, buang kepala dan ekor (ikan jadi kontot), bersihkan perut ikan dan sisik

2. Masukkan minyak masak ke dalam pressure cooker

3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi (tanpa ON apa-apa fungsi)

4. Kemudian, masukkan garam, serbuk perasa, gula (agak-agak ye) dan kacau ratakan.

5. Masukkan ikan, kacau rata dan pastikan semua bercampur. Boleh ON kan pressure cooker (kendalikan mengikut pengendalian fungsi pressure cooker masing-masing)

6. Tadaaaa..Siap! tulang ikan pun dah reput. Bila dah sejuk, boleh masukkan ke dalam bekas-bekas kecil. Boleh simpan dalam freezer.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto: Farah Kitchen

Author: admin

Leave a Reply