Resepi Cencaru Bakar Sumbat Sambal Guna Air Fryer. Pasti Sedap Puas Hati

Dulu nak bakar ikan jer mesti guna alat pemanggang, kini mudah pakai elektrik sahaja, guna Air Fyer cepat dan sedap. Kepada yang tak pernah ada resepi cencaru bakar sumbat sambal guna air fryer boleh cuba resepi ni mana tahukan anak – anak nak makan cencaru bakar boleh terus buat, mudah dan cepat tak perlu pakai dapur gas, elektrik sahaja. Resepi Cencaru bakar sumbat sambal guna air fryer ni pasti sedap dan puas hati.

Resepi Cencaru Bakar Sumbat Sambal Guna Air Fryer

Jom kita try resepi yang dikongsikan oleh Munira Ali dalam postingnya dalam group resepi air fryer. Apa perkongsiannya? Resepi Cencaru Sumbat Sambal. Maklumlah nak goreng malas sebab kotorkan dapur, kuali dan percikan minyak, apa kata terus guna air fyer sekejap jer siap dan sedap.

Resepi Cencaru Bakar Sumbat Sambal Guna Air Fryer

Bahan-bahan Cencaru Bakar Sumbal Sambal Guna Air Fryer:

  • 1½biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili besar
  • 4@5 tangkai cili api
  • Belacan sikit
  • Cukup rasa
  • Asam jawa
  • Gula 1 sudu

Saya blend kasar..asam jawa jangan blend sekali..letak masa tumis pun ok…letak air sikit je bagi pusing blender jangan banyak..kalau tumbuk lagi sedap…selepas itu saya tumis kan kejap sebab suka rasa sambal tu masak..letak minyak sikit je masa tumis..nak bagi masak cili dan bawang..

Resepi Cencaru Bakar Sumbat Sambal Guna Air Fryer

Dah siap tumis..sumbat dalam ikan tadi..selepas itu masukkan dalam air fryer..saya sembur minyak sikit tak nak bagi ikan kering sangat… Guna suhu 180 15 minit selepas tu terbalikkan..lagi 15 minit…nak garing lagi boleh tambah lagi 5 minit..

Resepi Cencaru Bakar Sumbat Sambal Guna Air Fryer

Kredit: Munira Ali

Author: admin

Leave a Reply