Ramai di luar sana minat menanam pokok bunga rose jepun nih, namun masih tak ramai yang berjaya kerana tak tahu Cara Tanam Ros Jepun Agar Merimbun Dan Berbunga Lebat. Biasalahkan kalau hendak mendapatkan ilmu sebaiknya mestilah berguru, barulah apa yang hendak dilakukan menjadi dan betul hasilnya. Dalam dunia menanam pokok bunga di laman rumah ni pun perlukan ilmu dan guru yang betul. Tanpa ilmu dan pengetahuan, pokok bunga yang ditanam seakan ‘hidup segan mati tak mahu’.
Jadi sudah pasti anda semua yang suka melihat pokok bunga ros jepun hidup subur merimbun dan berbunga lebat, tentu tertanya-tanya apakah ilmu yang digunakan oleh orang lain yang menanam pokok tersebut sehingga jadi sebegitu rupa.
Di sini admin nak kongsikan rahsianya, jom kita cungkil info dan tip daripada yang mahir dalam dunia tanaman ros jepun nih. Diperincikan perkongsian rahsia penanaman istimewa daripada Fi Mi (Laman Kasyfi) melalui facebooknya , beliau memang seorang yang suka menanam dan menjual rose jepun nih.
Cara Tanam Ros Jepun Agar Merimbun Dan Berbunga Lebat
1.Sediakan tanah, tanah apa-apa pun boleh asal tak bertakung air.
2. Tabur baja mix untuk ros jepun. Sikit je satu pasu dalam satu sudu kecik anggaran dalam 10 biji je.
3. Nak hasil tanaman yang merimbu, pastikan semasa menanam dipatah-patahkan dalam 2 inci je nanti akan bercabang banyak sampai litup pasu. Itu yang kita nak. Bila sudah bercabang bayak setiap cabang akan keluar putik baru dan bunga lebat dan rapat-rapat.
Patahkan dalam 2 inci cucuk rapat-rapat dah siap letak dekat panas terus. Siram 1 kali sehari pun dah ok.
Tanah yang ini saya guna yang 5 dalam 1 je. Tapi 6 dalam 1 pun boleh, jika mahu.
Selepas sebulan setengah tanam ros jepun akan tumbuh dengan lebat dan rimbun seperti ini. Bunga pun lebat dan rapat-rapat.
Seminggu sekali letak baja mix untuk pastikan tanaman gemuk dan bunga besar. Jika pokok ros jepun terlihat telah panjang dan mengurus, maka perlu ditrim atau tanam lain.
Sumber : Mi Fi