Resepi Ayam Bakar Guna Air Fryer. Sedap Menjilat Jari

Dulu nak bakar ayam jer kena guna alat pemanggang, kini mudah pakai elektrik sahaja guna Air Fyer cepat dan sedap. Kepada yang tak pernah ada resepi bakar ayam guna air fryer boleh cuba resepi ni mana tahukan anak – anak nak makan ayam bakar boleh terus buat, mudah dan cepat tak perlu pakai dapur gas, elektrik sahaja.

Bahan-bahan Ayam Bakar Guna Air Fryer:

  •  Sos tiram 3 sudu
  • Sos cili 3 sudu
  • Bawang putih 4 ulas
  • Halia
  • Rempah kari 1 sudu
  • Madu 3 sudu
  • Minyak masak 2 sudu
  • Serbuk lada hitam setengah sudu
  • Kicap 2 sudu
  • Secukup rasa ½ sudu

Resepi Ayam Bakar Guna Air Fryer

Perap ayam dengan halia, serbuk lada hitam dan bawang putih yang telah ditumbuk hancur. Masukkan secukup rasa, kemudian masukkan bahan-bahan lain di atas. Perap lagi lama lagi sedap. Saya kelar² sikit ayam tu.

Resepi Ayam Bakar Guna Air Fryer

180’c bakar 20 minit, kemudian balikkan bakar 15 minit lagi. Kemhdian sy terbalikan lagi bakar dalam 5 minit. Tengok atas besar ayam. Air yang bawah tapis air fryer tu boleh siram atas ayam bila dah masak. Lagi nmpk juicy.

Resepi Ayam Bakar Guna Air Fryer

Kredit: Munira Ali

Author: admin

Leave a Reply