Perkongsian tentang Resepi Moi Sup Ayam yang sangat mudah dan nampak macam sedap jer…. Resepi ini sangat mudah untuk disediakan dan kebanyakan orang boleh buat tanpa perlukan kemahiran memasak sangat. Lagipun resepi seperti ini bagus untuk kesihatan terutamanya bila kita demam atau tak selera untuk makan, apatah lagi untuk anak – anakkan. Resepi ini dikongsikan oleh puan Noor Hafiizah dalam gorup memasak. Jangan lupa kongsikan resepi ini yea semoga lebih ramai mendapat manfaat. Jom cuba!
Bahan – Bahan Yang Diperlukan untuk buat Moi Sup Ayam
- Beras (Nk buat pagi mlm sebelum tido rendam siap) x rendam dulu pun xpa.
- Kiub pati ayam
- Bawang putih (ketuk)
- Bawang goreng juga saya gunakan BAWANG PUTIH
- Halia hiris @ ketuk
- Daun Sup
- Carrot
- Lada hitam(tumbuk)
- Isi Ayam@Daging
- Kicap Manis+Sos ikan+Cabai melaka(untuk Sambal)
Cara – Cara Buat Moi Sup Ayam
- Rebus beras dan masukkan halia yg sudah diketuk@hiris.
- Bawang putih juga(diketuk).Carrot y dipotong dadu.Lada hitam.
- Masukkan juga kiub pati ayam,garam secukup rasa.
- Rebus ayam dalam periuk asing, bila ayam dah masak toskan airnya..goreng ayam hanya sekejap (jangan sampai garing) Selepas goreng carikkan ayam kecik2.
- Guna semula air rebusan ayam masukkan bersama beras y direbus tadi.
- Bila dah lembut beras tadi menjadi bubur hiris (batang sahaja) daun Sup agak2 dlm seinci2 tabur dan tutup api.
- Untuk cabai kicap.➡️masukkan kicap manis+sos ikan+gula+garam+cabai Melaka dan perasakan secukupnya (lebih sedap kalau simpan dalam peti sejuk cabai kicap ni)
- Hiris bawang putih nipis² goreng
Semoga bermanfaat. Perkongsian daripada Noor Hafiizah di group masak apa hari ini.