Mudah & Cepat Proses Memasak Dengan 7 Kaedah Simple Penyediaan Bahan Masakan Ini

“Nak buat bekal untuk anak-anak tapi, malas nak buat persiapan bahan masakan tu. Lambat!”

Menyediakan makanan yang dibawa dari rumah untuk anak-anak ke sekolah memang menyeronokkan. Tetapi, bagi ibu-ibu yang bekerja dan sibuk, proses penyediaan makanan tersebut mungkin akan mengambil masa yang banyak kerana tidak mempunyai ‘ruang’ masa di rumah. Mana tidaknya, bila beli barang-barang basah mestilah dah kena cuci dan simpan. Setiap kali nak masak, nak lakukan proses potong-memotong lagi. Stres!

Jangan risau ibu sekalian, apa kata anda ikut cara mudah nak masak dengan cepat berdasarkan perkongsian si ibu ini. Setiap kali nak masak senang sahaja sebab semua bahan masakan dah siap dipotong. Mudah!

TIPS MASAK LEBIH PANTAS DAN BEKALKAN ANAK MAKANAN SETIAP HARI

Perasan tak, selalu nak masak ,waktu untuk prepare barang tu yang lama, nak kupas bawang, nak tumbuk lagi, nak bersihkan ayam lagi, nak potong sayur lagi. So bila jimatkan waktu prepare barang ni memang cepat sangat masa memasak. Panas kuali, masuk minyak campak-campak dah siap.

Apa yang Nadya buat, satu hari dalam seminggu, selalunya beli barang dapur jumaat lepas balik kerja, bersihkan and setelkan semua terus, jangan beli barang mentah di hari busy, nanti jawabnya masuklah ayam ikan ke freezer lepastu tak sempat kemas huu. Poor prognosis.

1. KENALPASTI APA MASAKAN YANG SELALU KITA MASAK

Kalau Nadya ni, mek klate, jadi serai, limau semua tu banyak guna. So apa bahan yang kita selalu guna waktu masak ,kita aim waktu nak masak nanti semua dah ready, so senang. Macam anak-anak Nadya suka sup, jadi memang selalu ada stok dada ayam potong dadu, carrot, potato, stok bawang dikisar semua.

2. RANCANG MENU SEMINGGU

Jimat sikit belanja dapur bulanan. Dan jimat masa nak pikir harini nak masak apa. Pernah bangun pagi tak ada idea nak masak apa, dah ambik masa berpikir-pikir, ish bazir-bazir… biasa Nadya masak 2 menu untuk bekal anak. Kalau letih sangat 1 menu pun jadi lah.

3. KERJASAMA SUAMI

Kena mintak tolong suami jaga anak waktu nak prepare barang-barang ni. Alahai tak lama pun,bila selalu buat cepat ja prepare nye, kalau suami malas, suruh dia yang prepare barang masak hehe. Tapi pernah husband tolong basuhkan ayam lebih setengah jam, mak aih takpe lah bagi wife buatkan la.

4. KENA RAJIN DAN USAHA JADI RAJIN WALAUPUN MALAS

Kena rajin,bagi Nadya yang bekerja, bila tinggalkan anak dengan pengasuh perasaan lega sikit sebab nanti tak terfikir-fikir anak aku makan ape yer, dah makan ke belum, cukup ke makanan. Masa zaman houseman, salah satu terapi nak hilangkan stress bagi Nadya bawak bekal makanan anak.

NAK MASAK CEPAT? KENA IKUT 7 KAEDAH INI!

1. AYAM

Beli ayam hari yang sama kena terus bersihkan. Nadya suka asing bahagian dada. Bahagian dada potong kecik-kecik terus ,buat sup ayam utk anak and rencah kalau masak sayur. Paling bagus buat satu bekas untuk sekali masak, nanti nak guna letak ja bawah air paip mengalir dalam 10 min dah lembut.

2. UDANG ,SOTONG, IKAN

– Sotong bersihkan terus ,buang dakwat,buang mata,potong siap2. Guna gunting ja lagi senang.
– Udang kalau baba nadya selalu buang kepala, buang yang hitam kat belakang badan. Tapi saya tak buang kepala sebab nak nampak cantik rupa udang ni.
-Pastikan hari beli ikan bersihkan siap-siap, lepastu letak dalam bekas ikut panjang ikan hehe barulah ikan nampak cantik lurus ja takde bengkok.

3. BAWANG PUTIH,BAWANG MERAH, HALIA

– Kisar halus semua bawang, senang nak menumis nanti. Sebelum kupas bawang rendam dalam air 10 min nanti senang kupas. Bawang merah ,nadya blend bawang bombay ja, jimat masa nak kupas, rasa sama ja dengan bawang merah kecik-kecik tu. Kalau selalu buat masakan macam masak merah ke sambal, sila lah blend bawang banyak-banyak ,boleh tahan 2 minggu lebih. Yang penting masa guna sudu asingkan waktu guna nanti.,jangan guna satu sudu cedok semua bawang waktu masak, tak tahan lama jawabnya nanti.

– Kisar halia siap-siap. Senang,nadya memang ada stok halia kisar sebab anak suka sup ayam,ayam masak kicap.

4. SERAI, LENGKUAS, DAUN LIMAU, CILI, LIMAU

-Ha bahan-bahan nak masak paprik or tomyam ni senangnya kalau dah siap dalam peti ais. Saya ni penakut orangnya,kan nak masak tomyam malam-malam takut pulak nak keluar rumah ambik serai ,daun limau semua.

5. SAYUR

Luqman dan hannan suka sangat carrrot, jadi sayur yang selalu guna nadya bersihkan siap-siap and potong sekali. Kalau sayur hijau tak potong terus, nanti nak masak ambik ja guntingkan senang.

6. IKAN BILIS KISAR & CILI KISAR

Ikan bilis, nanti boleh letak sebagai perencah masak sayur ke nasi goreng ke. Nampaknye orang melaka selalu guna sebab tengok mak guna ikan bilis masak sayur, nasi, mihun, kuah kacang jugak. Cili kering rebus dahulu, then kisar halus, mak ajarkan simpan dalam plastik nanti tahan sebulan, kalau simpan dalam bekas cepat ja kulat nanti.

7. BAWANG BESAR & KENTANG

Kupas dan bersihkan. Senang nanti nak letak dalam telur dadar ke, dalam masak merah ke terus hiris-hiris ja nanti. Nadya suka kupas dan simpan dalam peti terus, sebab selalu guna. Selalunya kupas untuk 3 hari, tak boleh simpan lama cepat lebam pulak nanti. Kalau nak tahan lagi lama letak dalam bekas then isi air sikit.

MUDAH NAK MASAK!

Bila masak sendiri,kita tau apa kita masukkan,jadi free msg, free ajinamoto.

*Percayalah,air tangan ibu paling sedap,walaupun tak pandai masak sangat ,tapi masakan ibu anak akan ingat sampai bila-bila!

Sumber: Nadya Sufia Hj. Sanusi

Author: admin

Leave a Reply