Dilema mak-mak selepas naik pangkat jadi ibu, nak kurus dan mampu uruskan hal rumah tangga dengan sempurna walau masih gigih cari duit poket tepi sendiri.
Ya, kalau sebenarnya kebanyakan wanita bergelar isteri mengidam nak nak cantik, slim dan boleh masak untuk keluarga tersayang. Tetapi macam mana? Kadang diri sendiri pun tak sempat nak makan, apa lagi nak calit ‘warna-warna’ kat muka.
Haaa… ada mak-mak mampu buat, ini salah seorang daripada jutaan ibu yang berjaya urusakan masa dan pandai jaga body. Anda mesti teruja nak tahu apa rahsia ibu anak tiga, Puan Norafiza Mahmudamalkan dalam kehidupan hariannya…
Bagaimana hendak menjadi isteri yang boleh masak laju dan kurus bergaya. Ehhh, bak kata orang macam anak dara lagi la. Rupanya anak beratur macam anak ayam. Ha ha sila muntah. Macam mana pula hendak menjadi guru kepada anak-anak. Satu hal juga. Nak Ikat kain pun tak sempat mak aku cakap. Itu la ayat emak di masa remaja aku. Pedih kena “sound”.
Pertama
Mental kena kuat. Orang perempuan ni selalu emosi, bila emosi habis rumah terbalik. Alasan padu yang selalu digunakan adalah period. Aku rasa orang lelaki pun muak dengar.
Kedua
Cipta aktiviti sendiri. Maksud aku, pergi joging, bersenam di luar rumah, bayar rm5 – rm10 untuk gym, daftar kelas zumba atau boxing. Ikut lah mana mana satu kelas yang mampu.
Ketiga
Susun kembali cara kerja di rumah agar lebih tersusun. Contoh : gosok baju seminggu sekali, basuh baju di awal subuh. displinkan diri dahulu baharu seisi keluarga akan mengikut cara kerja yang kau orang telah sediakan.
Asalkan kita keluar dari lopak kebiasaan.Sudah aku kata lopak. Mesti la basah, kotor, busuk dan Sebagainya.Lopak tu diri kita la. Bila duduk selesa dengan keadaan diri kita yang serba serbi terlondeh memang akan mempengaruhi persekitaran.
Umpama diri kita sendiri sebenarnya yang negatif. Aura kita tidak sampai. Nak jadi online seller pun malas. Aura tu takda wak.Cuba kau orang bayang kan!
Kau orang tinggi 155cm. Berat 50kg. Calit sedikit wangian di tepi tudung, blusher merah merah pink, bibir mugil nude dan pinggang 28inci. Agak-agak kau orang la kan. Berapa banyak aura kau orang boleh sampai dan tarik orang untuk mendapat aura dari kau orang.
Cik oya boleh buat. Takkan kau orang tidak boleh. Usaha. Usaha. Usaha.
Tip Mak-mak Nak Kurus
Kalau dah diet tapi berat tak turun juga, itu bermaksud tahap diet Itu perlu diubah dan lebih hard-core.
Contoh:
2 bulan pertama makan nasi tetap boleh kurus.Masuk bulan ke 3. Berat statik. Tak nak turun.Ini bermakna. Awak perlu tukar jadual diet. Buang nasi dan lebihkan sayur dan buah.Di tahap ini. Badan bukan lagi lemak air. Lebih kepada lemak tepu. Ini yang awak perlu start joging dan bersenam.
Ada mak-mak perlu detox kulit muka untuk pastikan tiada jerawat yang tersembunyi di bawah kulit.Sekali detox. Itu dia, jerawat tumbuh sebiji di dahi.Dalam 2 hari sahaja jerawat tu melepak. Cik oya banyak minum air kosong. Gula memang tidak ambil langsung. Maka, cepat la jerawat Itu lari.Cik oya guna lemon je. Lumur pada muka dan diamkan selama 15minit.
Nota :
Asid lemon sangat tinggi untuk kulit. Tidak semua kulit serasi. Kau orang cuba dahulu di bawah dagu sebelah pipi.Mudah sahaja. Tinggalkan En.Malas.