SEORANG pengguna Facebook berkongsi cerita mengenai anak dari sahabat kerjanya yang menderita penyakit kencing manis di usianya yang masih kecil. Post tersebut dimuatnaik akaun Facebook bernama Hendra Dwi Hermawan pada Isnin (30/7/2018) dan telah dikongsi melebihi 9000 kali dan mendapat hampir 4000 comment.
Dipetik dari Tribun Video dari akaun Facebook tersebut, Pengguna facebook tersebut memberi keterangan bahawa kanak-kanak 3 tahun tersebut sudah diharuskan memakai insulin atau jarum suntikan. Kanak-kanak berusia tiga tahun itu dikatakan mengidap kencing manis kerana selalu minum susu kotak dan minuman yang manis-manis.
Namun sehingga berita ini disiarkan, tiada keterangan rasmi dari doktor dan tempat kanak-kanak tersebut dirawat. Kali terakhir dia dibawa ke Hospital Hermina, gula di dalam darah kanak-kanak tersebut mencapai 624 mg/dL. Dipetik dari hellodokter gula darah untuk orang normal berada antara 70 hingga 200mg/dL.
Angka tersebut melalui alat pengukur gula dalam darah(GDS) dan ujian ini boleh dilakukan sebelum atau setelah makan, kerana kadar gula darah setiap orang berbeza, bergantung kepada kita sudah makan atau belum.
Orang yang melakukan ujian gula dalam darah sebelum makan akan berbeza hasilnya setelah dia melakukan ujian tersebut setelah makan. Seperti dipetik dari nakita.id, bila warna dalam bahagian belakang leher, siku, atau buku-buku jari tangan menjadi lebih gelap dan bersisik walaupun kita menjaganya, keadaan tersebut boleh menjadi peringatan awal kadar gula darah yang terlalu tinggi.
Masalah Di4betes di kalangan kanak-kanak
Q: Doktor, apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah di4betes di kalangan kanak-kanak? Saya mempunyai seorang anak saudara berumur 5 tahun yang baru disahkan mengidap kencing manis oleh doktor pakar.
Namun, pengambilan makanan dan minuman manis, pada hemat saya adalah jauh lebih kurang jika dibandingkan dengan anak-anak saudara saya yang lain. Dia juga tidak mempunyai masalah berat badan yang berlebihan. Jadi bagaimanakah, kami sebagai ibu bapa boleh membantu anak-anak kami dari mengidap diabetes?
A: Ribuan terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Di4betes atau kencing manis merupakan sejenis penyakit yang bukan sahaja berlaku di kalangan orang dewasa, tetapi juga berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
Apa itu di4betes?
Di4betes menyebabkan paras gula dalam darah seseorang lebih tinggi daripada normal. Terdapat dua jenis utama di4betes iaitu di4betes jenis 1 dan di4betes jenis 2. Berlainan dengan orang dewasa, di4betes jenis 1 merupakan jenis di4betes yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak.
Di4betes jenis 1 berlaku apabila kelenjar pankreas iaitu sejenis organ dalam badan yang berfungsi menghasilkan hormon insulin untuk mengawal paras gula darah gagal berfungsi dengan baik.
Ini menyebabakan paras gula dalam darah lebih tinggi daripada yang sepatutnya. Pesakit di4betes jenis ini bergantung sepenuhnya kepada suntikan hormon insulin setiap hari.
Sebaliknya, pesakit di4betes jenis 2 masih mampu menghasilkan hormon insulin. Walau bagaimanapun, tisu badan kurang sensitif terhadap hormon insulin yang dihasilkan dan ini akhirnya menyebabkan paras gula dalam darah berada pada tahap yang lebih tinggi daripada normal.
Pesakit di4betes jenis ini boleh dirawat dengan memakan ubat yang diberikan oleh doktor atau pun juga dengan penambahan suntikan insulin untuk mengawal paras gula darah supaya berada pada tahap yang baik.
Apakah gejala dan tanda-tanda di4betes?
Sekiranya tidak dirawat atau dikenal pasti, kanak-kanak yang menghidap di4betes ini akan mengalami gejala seperti kerap buang air kecil dan kerap minum air atau dahaga berlebihan dan juga penurunan berat badan. Selain itu, mereka juga cepat letih daripada biasa.
Apabila gejala-gejala ini berlarutan dan paras gula dalam darah berterusan tinggi, ini akan menyebabkan pengumpulan asid yang dinamakan ‘ketone’ dalam darah. ‘Ketone’ yang tinggi akan menyebabkan kanak-kanak mendapat komplikasi serius yang dipanggil ‘diabetic ketoacidosis’ atau lebih dikenali dengan nama singkatan DKA.
Antara gejala DKA ialah muntah-muntah, sakit perut dan bernafas laju. DKA adalah sangat berbahaya dan rawatan di hospital amat diperlukan pada kadar segera.
Apakah punca-punca dan faktor-faktor yang menyumbang kepada di4betes?
Di4betes jenis 1 terjadi apabila sistem imuniti badan seseorang menyerang dan memusnahkan sel-sel pankreas mereka sendiri. Ini akan menyebabkan penghasilan hormon insulin terganggu. Proses ini juga dikenali dalam istilah perubatan sebagai proses ‘autoimmune’.
Punca sebenar yang menyebabkan ini berlaku masih belum dikenal pasti dengan jelas dan masih diselidiki oleh pakar. Antara faktor-faktor yang cuba dikaitkan dengan proses ini adalah faktor genetik dan persekitaran.
Bagaimana pula dengan di4betes jenis 2? Di4betes jenis ini pula lebih berpunca daripada faktor genetik di mana sekiranya ibu bapa menghidap di4betes jenis ini, anak-anak mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat di4betes jenis 2. Selain itu, faktor obesiti juga memainkan peranan yang besar.
Peningkatan kadar di4betes jenis 2 di kalangan kanak-kanak juga mungkin selari dengan peningkatan kadar obesiti di seluruh dunia dan Malaysia juga tidak terkecuali daripada mengalami nasib yang sama. Peningkatan kadar obesiti ini sudah tentu dipengaruhi oleh faktor pemakanan yang kurang sihat dan berlebihan dan juga aktiviti fizikal yang tidak mencukupi.
Bagaimana kita hendak mencegah di4betes di kalangan kanak-kanak?
Malangnya, tiada langkah pencegahan yang diketahui buat masa ini untuk di4betes jenis 1. Namun begitu, lain pula untuk di4betes jenis 2, di mana kita sebagai ibu bapa perlu memastikan anak-anak mengekalkan berat badan yang ideal sesuai dengan peringkat tumbesaran badan.
Ibu bapa juga boleh mendapatkan khidmat doktor untuk mengenal pasti sama ada anak-anak terdedah kepada masalah obesiti. Amalan pemakanan yang seimbang dan tidak mengandungi gula yang berlebihan juga penting di kalangan kanak-kanak. Selain itu, kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti fizikal dan riadah untuk mengekalkan kesihatan dan mengurangkan risiko 0besiti dan di4betes.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan. Pada pendapat saya, anak saudara puan menghidap di4betes jenis 1 memandangkan dia baru sahaja berusia 5 tahun dan tidak mempunyai masalah berat badan yang berlebihan. Seperti yang diterangkan di atas, di4betes jenis 1 ini tidak disebabkan oleh faktor pemakanan berlebihan atau amalan aktiviti fizikal yang sedikit.
Oleh yang demikian, anak saudara puan memerlukan rawatan insulin sepanjang hayat bagi memastikan kawalan gula dalam darah yang optimum. Kawalan paras gula yang baik ini dapat mencegah risiko komplikasi jangka panjang di4betes seperti komplikasi buah pinggang dan juga saraf.
Interaksi yang baik antara pesakit, ibu bapa, doktor pakar, jururawat di4betes dan pakar pemakanan dapat membantu mendapatkan kawalan gula yang terbaik.
Jangan risau kerana walaupun menghidap di4betes, anak saudara puan masih boleh membesar dengan baik dan menjalani hidup yang normal seperti kanak-kanak yang lain.Diharap saya telah menjawab persoalan puan dengan jelas.
Jika Anda Sukakan Artikel ini, Sila Kongsikan untuk Manfaat bersama
Sumber : Dr Noor Shafina Binti Mohd Nor