Telur Makanan Terbaik Untuk Tumbesaran Dan Menguatkan Tulang Anak. Sehari Sebiji Dah Cukup

Mesti ramai tahu pasal diet menggunakan telur, bagi orang dewasa yang ingin menurunkan berat badan diet ini pernah menjadi viral pada tahun lepas. Namun ramai doktor tidak mengalakkan diet telur kerana ianya menganggu fungsi badan kerana kekurangan zat yang lain.

Namun, tidak dapat dinafikan telur merupakan makanan wajib bagi kebanyakkan keluarga di Malaysia. Malahan ianya merupakan pilihan bahan mentah yang murah dan mampu dibeli oleh ramai orang. Yang lebih bagus lagi khasiatnya bukan sekadar untuk menambah selera pada makanan lain juga.

Bagi yang mempunyai anak yang susah nak makan atau selalu kurang berselera. Memang pening kepala nak pilih menu untuk anak sebegini. Ada yang menyarankan resepi bubur ayam dan sebagainya tapi kanak-kanak sebegini biasanya cepat jemu. Selain dari ayam, telur juga merupakan sumber protein yang baik untuk anak-anak yang sedang membesar.

Sama ada digoreng, direbus atau dimasukkan dalam menu makanan, telur antara makanan yang sentiasa jadi pilihan semua peringkat umur. Kebiasaannya kanak-kanak yang susah makan lauk bila digantikan dengan telur mereka suka.

Tapi ada juga ibu bapa yang risau jika anak terlalu bergantung dengan telur semata-mata. Sebenarnya jika diikutkan protein yang tinggi dalam telur sangat bermanfaat untuk membantu perkembangan anak.

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, dia sangat mengalakkan anak-anak kita bersarapan dengan telur. Telur adalah sumber makanan yang kaya dengan protein penting dan berkualiti. Ia membekalkan asid amino yang tidak dapat dihasilkan dalam tubuh.

Selain itu, ia membekalkan beberapa vitamin dan mineral, terutama vitamin A (bagus untuk mata anak-anak kita), vitamin D (bagus untuk tumbesaran dan menguatkan tulang anak-anak kita), choline (bagus untuk meingkatkan kecerdikan minda anak-anak kita dan menguatkan otot-otot jantung), dan selenium (bagus untuk kelenjar tiroid berfungsi dengan baik).

Jika anak-anak kita tiada masalah alahan, telur adalah sarapan yang baik. Boleh diberikan bersama roti, nasi, atau mee.

Berikan sehari sebiji, sama ada diberikan dalam bentuk telur rebus, telur goreng atau telur separuh masak. Jangan berlebihan. Galakkan juga pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun dalam pemakanan mereka.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad via pa&ma

Author: JVC

Leave a Reply