Beginilah Cara Betul Tanam Cili Jambak, Sekali Berbuah Memang Meriah Hasilnya

Hobi memiliki kebun di rumah memang sudah lama menjadi budaya kaum ibu terutamanya. Tanpa mengira hobi melibatkan tanaman bunga ataupun sayuran ianya boleh mendatangkan hasil yang memuaskan hati.

Bagi yang suka tanaman sayuran memang seronok apabila tanaman dihasilkan boleh dimakan bersama keluarga atau boleh dikongsi bersama jiran tetangga yang lain. Antara pokok sayur yang menjadi pilihan ramai pekebun rumah ini ialah cili jambak.

Sekali pandang memang cantik pokok cili jambak ini, seperti kuntuman bunga yang terlihat merah berseri. Jika ditanam pasti puas hati, banyak hasil tuaian yang diperolehi.

Untuk anda yang ingin mencuba menanam cili jambak dilaman rumah, bolehlah jadikan perkongsian ini sebagai panduan. Jom semak.

1. Sebelum Menyemai Cili

Sebelum menyemai, kita perlu membuat proses rendaman biji benih. Proses ini dilakukan selama 8jam atau 1 malam . Tujuan rendam iuntuk melembutkan kulit luaran benih cili supaya mudah bercambah supaya akar baru akan muncul dengan pantas.

Seelok nya gunakan air yang tiada klorin seperti air sungai , air telaga. Jika tiada gunakan saja air paip.

2. Kering Biji Benih

Kering kan benih yang sudah di rendam mengunakan penapis , kertas atau tisu. Tujuan kering supaya mudah untuk disemai. Benih mudah di kendalikan.

3. Penyediaan Tapak Semai

Sediakan tapak semaian seperti tray atau bekas kecil untuk semaian. Gunakkan peatmos/ sabut kelapa hancur untuk menyemai benih. Anda juga boleh gunakan tanah organik atau topnsoil.

4. Buat Lubang Tanaman

Buat lubang mengunakan kayu atau jari tangan. Jangan terlalu dalam. Jangan terlalu cetek. Letak benih ke dalam lubang di tray setiap lubang 1 biji.

5. Siraman

Setelah disemai, kambus dan siram dengan air. Siram dengam semburan halus atau dengan cara yang lembut. Jangan siram sampai medium semaian terkeluar dari tray atau bekas.

6. Elak Kena Matahari

Alihkan tray atau bekas semai tempat redup. Sungkup dengan plastik hitam ke seluruhan selama 3 ke 5 hari. Hari ke 3-5 benih sudah bercambah. Anda boleh mengalih kan sungkupan plastik hitam tadi.

7. Pindah Ke Kawasan Panas

Benih yang bercambah akan mengeluarkan 2helai daun. Alih kan benih ke kawasan yg menerima cahaya matahari tetapi jangan letak bawah cahaya matahari secara terus.

Siram pagi dan petang. Letak di tepi rumah atau pakai net hitam.

8. Tabur Baja

Selepas benih berusia 1 minggu baja dengan baja subur dengan kuantiti yang sedikit(beberapa biji) pada setiap pokok dalam tray. Boleh jiga guna baja organik.

Setelah usia 2minggu atau benih ada 3 ke 6 helai daun. Boleh alih kan ke pasu, polybeg atau atas tanah.

9. Stop baja

Baja pokok setiap 1 minggu atau 2minggu sekali. Untuk pokok yg bebas dari sera ngan penya kit dan serangga, sembur ra cvn organik seminggu sekali. Jika pokok sudah mula berbunga, taburkan baja buah untuk melebatkan buah. Jika anda mnggunakan baja biji npk , stop baja bila pokok berbuah, untuk mengelak buah gugur.

Tips di atas boleh digunakan pada semua jenis cili.

Sumber : Adam Harris Mohd Shaifful

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

52 − 48 =