Sila Ambil Tahu 10 Barang Ini Dilarang Disimpan Dalam Kereta Anda

Dilarang keras simpan 10 barang ini dalam kereta. Bagi ramai lelaki, kereta merupakan antara harta bernilai dimiliki mereka. Malah tak keterlaluan admin katakan ia merupakan aset kedua paling bernilai selepas rumah.

Pastinya kereta yang menjadi pengangkutan utama merupakan ruang di mana banyak masa anda dihabiskan semasa memandu. Ramai pemilik kereta suka buat kereta mereka seperti stor penyimpanan.

Bukan sahaja pakaian malah segala macam perkakasan, kasut dan pelbagai lagi dimuatkan dalam kereta. Namun tahukah anda dengan cuaca negara kita yang sentiasa lembab dan panas boleh mengakibatkan barangan yang disimpan dalam kereta menjadi rosak.

Ini sekali gus boleh membuatkan anda rugi. Tak pasal-pasal anda kerugian dek kerana anda suka sangat simpan barang dalam kereta. Dan jika amalan ini berlarutan ia juga boleh membahayakan nyawa anda dan penumpang.

Di sini admin kongsikan 10 barangan yang dilarang disimpan di dalam kereta.

1. Botol Air Plastik

Simpan air minuman dalam botol plastik dalam kereta adalah satu perkara yang boleh menbahayakan kesihatan anda. Kebanyakan botol plastik mengandungi bahan pollietilena terephtalate (PET) yang digelar penggangu endoktrin. Ia berpotensi untuk menggangu hormon pembiakan manusia.

2. Kaca Mata

Ini antara aksesori yang sering disimpan dalam kereta. Tapi sebenarnya perbuatan ini hanya merugikan anda kerana ia membuatkan kaca mata menjadi panas lalu cepat rosak. Apatah lagi jika bingkai kaca mata diperbuat daripada bahan seperti asetat atau nilon.

3. Ubat-Ubatan

Tak kiralah apa jenis ubat pun anda dilarang menyimpannya di dalam kereta. Ini kerana bila kenderaan panas suhu tersebut mampu mengubah strukrue mokelul ubat. Akibatnya ubat tersebut jadi ‘tawar’dan kurang berkesan.

4. Telefon Pintar

Apa jua barangan elektronik terutamanya telefon pintar tak boleh disimpan dalam kereta. Selain membahayakan kenderaan dan menjadi sasaran mudah pencuri ia juga boleh merosakkan telefon pintar akibat cuaca yang panas. Apabila berada dalam suhu panas melampau, ia boleh merosakkan peranti-peranti yang anda simpan dalam kereta.

5. Penyembur Rambut

Mungkin ada yang trak tahu bahawa penyembur rambut mengandungi bahan yang mudah terbakar. Dan barangan seperti ini adalah dilarang sama sekali disimpan di dalam kawasan panas.

6. Pemetik Api

Begitu juga dengan pemetik api yang dengan jelas mengandungi cecair mudah terbakar. Ingat, walaupun ia bersaiz kecil namun impak jika ia terbakar sangatlah besar. Jadi jangan simpan pemetik api dalam kereta jika tak mahu kereta anda hangus dijilat api.

7. CD Muzik

Mungkin sekarang pengguaan CD semakin berkurangan dengan adanya pelbagai servis penstriman lagu. Namun, ia masih popular di kalangan penggemar muzik sejati. Jika sayangkan CD anda, elakkan menyimpannya dalam kereta. Suhu yang pana boleh merosakkan CD dan mengakibatkan ia melengekung.

8. Perfume

Perfume atau minyak wangi merupakan bahan wajib dimiliki oleh seorang lelaki. Untuk lelaki yang sering on-the-go biasanya anda menyimpan perfume di dalam kereta. Tapi ia sebenarnya hanya merugikan anda kerana suhu panas boleh membuatkan perfume menjadi kurang berbau.

9. Dokumen Penting

Anda perlu ingat segala jenis dokumen penting tak boleh disimpan dalam kereta dalam tempoh yang lama. Ini kerana dokumen-dokumen itu mengandugi pelbagai maklumat peribadi anda. Jika kereta anda kena pecah oleh pencuri, maklumat anda akan terdedah. Pastinya anda tak mahu perkara ini berlaku, bukan?

10. Pencuci Muka

Pencuci muka dan produk grooming yang lain juga tak boleh disimpan dalam kereta. Disebabkan suhu panasa, beli tak sampai sebulan produk-produk anda itu jadi rosak. Sebaliknya letakkan produk penjagaan wajah dan badan ke dalam beg khas yang mudah dibawa ke mana-mana.

Sumber: maskulin

Author: admin

Leave a Reply