Masakan sayur tumis menjadi antara menu sayur yang enak dimakan dan mudah untuk disediakan. Dan antara menu sayuran yang digemari, adalah brokoli.
Oleh itu, buat ibu-ibu yang mempunyai hobi bercucuk tanam, apa kata cuba menanam sepokok dua brokoli di laman rumah.
Di sini dikongsikan untuk info bersama.
BROKOLI. Brokoli hibrid Tahan Panas
Jom ikuti langkah – langkah penanaman :
Langkah 1 :
Dapatkan benih BROKOLI, Rendam dalam air. Pilih yang tengelam untuk di semai. Manakala yang terapung rosak atau peratuasan percambahan kecil.
Langkah 2 :
Biji benih boleh di semai dalam tray atau bekas. Tabur kan benih di atas permukaan dan spray dengan semburan air yang halus atau siram perlahan. Media semaian mestilah basah. Gunakan tanah organik @ peat moss.
Langkah 3 :
Letak bekas semaian di tempat yang redup jauh dari cahaya matahari. Dalam masa 4 ke 7 hari benih akan bercambah mengeluarkan 2 helai daun. Alih kan dan letak di kawasan redup.
Langkah 4 :
Anak pokok boleh di pindahkan dalam polybeg atau pasu setelah berusia 25 hari atau boleh juga alih jika pokok tumbuh 6 daun. Alih kan anak benih tadi ke pasu yang besar atau polybeg yang besar pada lewat petang untuk mengelakan benih terkena kejutan cuaca panas.
Langkah 5 :
Letak di tempat teduh dan perlahan alih kan ke kawasan panas selepas 1 minggu. Pastikan guna pasu besar setinggi lebih dari 30cm kerana akar pokok brokoli jenis serabut dan menjalar sedalam 30cm. Dedahkan benih secara perlahan pada cahaya matahari dan siram waktu pagi dan petang.
Langkah 6 :
Baja pokok setiap 2 kali seminggu dengan baja organik atau baja buatan/npk.
Langkah 7:
Lakukan semburan racun organik pada pokok setiap 2 minggu sekali untuk mencegah serangan belalang dan beluncas atau pun penyakit kulat.
Brokoli bleh di tuai selepas 50 HARI KE 3 BULAN. Bunga brokoli sebesar genggaman 1 tangan kita.
Sumber : Mohd Shaifful via Kebun Sayur, Bunga dan Buah-buahan