Wanita Ini Kongsi Rahsia Cara Nak Buat Pokok Mangga Merimbun Buahnya, Hanya Guna Minyak Ini

Buah mangga adalah salah satu makanan buah kegemaran yang ramai di Malaysia. Ramai yang suka memakan buah ini lagi-lagi dicicahkan ke lada sedapnya menjilat jari. Ramai yang nak tahu bagaimana cara untuk supaya pokok mangga berbuah dengan banyak. Lebatnya buah mangga tu, macam mana jaga ye? Itu adalah antara soalan yang selalu ditanya apabila anda mempunyai pokok mangga yang berbuah lebat.

Sebenarnya ada cara yang boleh membantu membuatkan buah mangga lebat merimbun. Petua ini dikongsikan oleh Kak Chah menerusi group Berkebun Di Rumah. Di dalam perkongsian yang mendapat 1.7k shared itu, kak Chah memberitahu kaedah itu adalah dari idea anaknya sendiri.

Tidak sangka tips tersebut menjadi dan pokok mangga di tepi rumahnya berbuah lebat merimbun. Sehinggakan satu dahan patah dek tak mampu menampung berat buah tersebut.

Mangga tepi rumah… Lebat merimbun buahnya. Tak boleh nak tanggung dahannya…. Patah satu dahan besar pulak tu. Buah pulak blom cukup tua. Bagi bagikan pada jiran tetangga dan selebihnya buatkan kerabu, bagikan pada jiran jiran juga.

Ramai Yang Tanya Baja Apa Saya Gunakan.

Sebenarnya saya tak der baja specific. Cuma anak saya bagi tips, dia terbaca satu article dari barat…

Mereka akan gali lubang sekitar pokok dan buangkan minyak terpakai dan mendapat hasil yang baik. Jadi saya cuba dan menuangkan minyak masak yang sudah tak nak guna lagi seperti bekas goreng ikan bilis atau goreng hati ayam dsb sekitar 2 atau 3 kaki dari batang pokok itu.

Alhamdulillah buah kali ini sagant lebat dikebanyakan tangkai dan manis. Cuma pesennya kali ini dia berbuah dahan by dahan bukan semua sekali satu pokok. Ada yang dah masak, buah muda, putik buah dan banyak juga yang baru keluar bunga.

Selamat mencuba.

Sumber: Kak Chah Via Keluarga

Author: admin

Leave a Reply