Hujung bulan, bila dapat gaji itulah masanya kita pergi membeli belah atau barang keperluan dapur. Kita akan borong banyak-banyak, mungkin cukup untuk tempoh sebulan.
Dan ada satu perkara kecil yang selalu kita tak ambil kisah antaranya ialah kita selalu beli santan kotak. Tetapi santan kotak yang kecil yang selalu kita beli kan? Walhal santan kotak besar adalah lebih murah.
Kalau beli yang besar, nanti tak habis. Sebab santan yang dah dibuka hanya boleh digunakan dalam masa 3 hari sahaja walaupun di tempat beku. Tapi sekarang anda semua dah tak perlu risau kerana ada cara simpan santan yang betul. Cara ini dikongsi oleh Nelisa Sofea dan Syafiqah Fared di laman facebook.
Cara Simpan Santan Yang Betul Agar Tidak Mudah Rosak
CARA PERTAMA :
- Masukkan santan dalam plastik aiskrim ikut bajet sekali pakai bila masak. Santan ni pekat jadi packing sikit-sikit pun dah cukup ( anda anggarkan sendiri pun takpe nak guna berapa banyak sekali masak).
- Lepas dah masuk santan tu ikat dan terus masuk peti bawah. Jangan letak freezer. Letak kat peti bawah. Ambil bila nak masak. Guna je mcm biasa. Pastikan labelkan tarikh luput kat santan tu.
- Siap
CARA KEDUA:
- Masukkan ke dalam plastik kedap udara macam tu. (kedai eco RM2 pun ada jual plastik tu).
- Letak dekat tempat beku. (Nak pakai nanti, cairkan dan kisar guna air panas).
Ini adalah dua cara yang dikongsi oleh mereka. Mungkin anda juga ada cara anda yang tersendiri. Dan kalau yang tak tahu lagi boleh je ikut mana-mana cara yang anda suka. Sama ada cara pertama atau cara kedua.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Facebook Syafiqah Fared dan Nelisa Sofea