Ramai Yang Masih Belum Tahu Penggunaan Air-Cond Yang Betul Untuk Elakkan Bil Melambung

Ramai yang takut untuk menggunakan penghawa dingin di rumah kerana bimbang bil elektrik akan naik melambung. Sebenarnya, jika aircond digunakan dengan cara yang betul, ia bukan sahaja dapat menyejukkan ruang bilik tetapi dapat mengekalkan bil elektrik pada tahap yang rendah. Nanti tidak la terkejut sebab terima bil 3-4 ratus setiap bulan!

Berikut perkongsian Nael Sahlan mengenai tips penggunaan aircond untuk menjimatkan bil elektrik. Bil letrik rumah aku meningkat sebanyak 150% pada bulan lepas. Mungkin kerana penggunaan air cond dingin yang kerap sejak kebelakangan ini menjadi bil elekrik rumah aku lebih mahal daripada bulan-bulan sebelumnya.

Aku kemudiannya cuba mencari di internet cara-cara untuk menjimatkan penggunaan tenaga eletrik semasa menggunakan air cond dan berikut merupakan jawapan yang aku perolehi:

Untuk pengetahun, kompressor alat penghawa dingin akan menggunakan tenaga eletrik yang tinggi apabila anda tetapkan suhu bilik di bawah 24°C. Di dalam mod Kering/Dry ini, suhu terendah yang boleh dicapai adalah 25°C, maka kompressor air cond tidak akan menggunakan tenaga elektrik yang terlampau tinggi di dalam mod ini.

Harap maklum bahawa penggunaan eletrik oleh alat penghawa dingin anda adalah pada tahap maksimum sekiranya anda menetapkan mod Sejuk/Cool dengan suhu 16°C. Jadi, pada waktu malam, disarankan supaya anda menetapkan sahaja air cond anda pada mod Kering/Dry bagi menjimatkan penggunaan elektrik.

Tidak perlu dirisaukan akan berasa panas dengan suhu 25°C kerana udara dingin akan terkumpul di dalam bilik anda dan suhu semakin menurun sehingga subuh pada waktu malam. Jangan risau, Allah memang ciptakan badan kita agar dapat menyesuaikan badan dengan suhu persekitaran.

Sebab itu, orang yang duduk di Iceland itu relaks saja walaupun suhu di bawah -°C. Ini kerana badan mereka sudah terbiasa dengan suhu persekitaran. Itu sajalah perkongsian saya, semoga bermanfaat. Cubalah dulu, kalau tak sejuk juga, maksudnya anda perlu membeli aircond baru inverter. Confirm jimat.

Selain itu anda juga disarankan untuk amalkan tips – tips berikut supaya lebih jimat ketika penggunaan aircond dalam kehidupan seharian anda.

1. Tutup suis utama
Bukan hanya tutup aircond pada alat kawalan jauh sahaja. Suis utama pun perlu di tutup. Dengar kata, jika anda amalkan teknik ini ia dapat menjimatkan bil elektrik sehingga 10%.

2. Tetapkan masa penggunaan
Tengah malam, suhu di dalam bilik akan turun. Secara tidak langsung suhu di dalam bilik sedikit sejuk. Jadi, setkan masa penggunaan aircond pada alat kawalan jauh sehingga pukul 1 sahaja atau maksimum 2 jam. Selebihnya, on kan kipas.

3. Tetapan Mode dan suhu untuk jimat elektrik
Setkan mode “dry” pada alat kawalan jauh dengan tetapan suhu 24. Jika tetapan suhu lebih rendah dari 24, ia akan mengakibatkan kompresor bekerja lebih. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan penggunaan elektrik tambahan.

4. Gunakan kipas
pasang kipas dan buka pintu serta tingkap terlebih dahulu sekurang-kurangnya 1 jam sebelum on aircond. Cara ini dapat memastikan haba panas di dalam bilik dapat dibebaskan atau keluar. Kemudian baru on aircond.

5. Bersihkan penapis penyaman udara setiap bulan
Tiba-tiba angin dari aircond terasa panas atau angin yang dikeluarkan terlalu perlahan. Ini menunjukkan penapis aircond anda tersumbat. Hal ini sekali lagi akan menyebabkan kompresor bekerja lebih. Sebaiknya, cuci penapis aircond setiap bulan.

6. Tukar aircond berusia lebih 10 tahun
Sebaiknya, tukar aircond yang telah berusia. Kondisi aircond yang berusia juga antara salah satu penyumbang kepada penggunaan elektrik berlebihan. Ia disebabkan oleh kondisinya yang tidak berfungsi secara baik.

7. Beli aircond 5 bintang
Perasan tak setiap barang elektronik ada pelakat 5 bintang? pelekat tersebut telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Jika produk tersebut mendapat 5 bintang, ini bermakna ia jimat tenaga.

Sumber: Impiana

Author: admin

Leave a Reply