Rahsia Petani Thailand Guna Telur Dengan Air Kelapa Buat Pokok Berbuah Cepat Dan Lebat

Seperti ramai kita tahu bahawa teknologi pertanian di Thailand jauh lebih maju berbanding pertanian di Malaysia, kita boleh lihat dari segi mesin dan jentera yang diorang gunakan jauh lebih canggih, malah penggunaan baja di sana juga jauh lebih hebat, masakan durian boleh berbuah sepanjang musim kann…

Ramai yang berfikir bahawa petani di Thailand banyak menggunakan baja kimia supaya tanaman subur dan berbuah lebat, tetapi sebenarnya sudah ramai petani disana beralih kepada baja organik yang di hasilkan lebih baik berbanding baja kimia.

Sebagai contoh, seorang petani Thailand melalui perkongsiannya di page Ladang Muhammad telah menghasilkan hormon penggalak buah dengan campuran air kelapa dan telur untuk menggalakkan pokok berbunga dan berbuah dengan cepat.

Geram betul tengok pokok buahnya yang masih muda tapi buahnya sangat lebat. Hebat-hebat la diorang ni buat baja, mana diorang dapat idea pun tidak tahu… petani di Malaysia patut contohi dan mencuba sendiri bagaimana cara mereka membuat baja pelebat buah semulajadi.

Bahan-bahan yang digunakan;

  • 2 kg telur
  • 2 kg Gula Perang
  • 1 biji Ragi tapai
  • 1 botol Yakult
  • 2 kotak Susu segar
  • 2 biji Air kelapa muda

Cara-cara buat:

1. Kisar halus kulit telur sekali dengan isinya mengunakan pengisar kering

2. Adun kesemua bahan tadi bersama di dalam satu bekas

3. Peram selama 14 hari dan perlu digaul sekurang-kurangnya 2 hari sekali

4. Selepas 14 hari, saringkan kisaran tersebut untuk mengambil pati air perapan

5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang dan tua pada pokok yang bakal disembur

6. Gunakan sukatan 10ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali, kalau nak lebih power boleh sembur dua kali dalam seminggu

Menurut perkongsian portal Maetmut Garden, hormon penggalak buah ini berperanan sebagai vitamin dan baja semulajadi sekaligus menggantikan penggunaan racun kimia yang sememangnya tidak baik untuk alam sekitar serta kesihatan kita.

Mulai sekarang, elakkan penggunaan baja kimia dan cuba buat baja penggalak buah sendiri di rumah. Saya yakin dengan penggunaan baja sendiri dapat menjamin kesihatan yang lebih bagus serta menghindari penyakit seperti kanser kesan dari penggunaan baja kimia yang tidak terkawal dan berlebihan.

Author: admin

Leave a Reply