Ya.. Memang ramai yang tak tahu sebab mereka tak ambil peduli sebelum berlaku kem4tian kepada waris. Akhirnya duit khairat kem4tian yang layak dituntut tu berlalu macam tu je. Ada yang berjumlah hampir RM10k.
Rugikan !
Disebabkan khairat kem4tian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris. Nak guna buat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik. Tapi pastikan guna dulu untuk tujuan utama khairat ni dibuat iaitu untuk urusan jen4zah. Segala kos pengurusan jen4zah guna duit ni. Jika ada waris dahulukan duit mereka, boleh ganti semula. (mengikut budi bicara waris)
10 tempat tuntutan perbelanjaan Khairat Kem4tian apabila berlaku kem4tian kepada waris
1.Khairat Kem4tian Khariah Masjid
Sekitar Rm 500 – Rm 5,000
Syarat: si m4ti menjadi ahli/mencarum di khariah
2.Khairat Kem4tian PERKESO
RM 2,000
Syarat: si m4ti menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO
3.Khairat Kem4tian KWSP
RM 2,500
Syarat: si m4ti ahli/pencarum KWSP
4.Bantuan Mengurus Jen4zah JPA
RM 3,000
Syarat: si m4ti Pesara/Kakitangan Awam
5.Khairat Kem4tian Bank Rakyat
RM 3000
Syarat: si m4ti ada akaun Bank Rakyat
6.Khairat Kem4tian ASNB
RM 200 – RM 2,000
Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si m4ti
7.Khairat Kem4tian Skim Takaful
RM 2,000 – RM 5,000
Syarat: si m4ti pencarum takaful
8.Khairat Kem4tian Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi
RM 500 – RM 5,000
Syarat: si m4ti adalah ahli berbayar persatuan/NGO/Koperasi
9.Khairat Kem4tian Pencen
RM3000
10.Lain-lain
Mungkin ada lagi khairat kem4tian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas. Boleh search.
Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kem4tian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu tu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kem4tian.
Macam mana nak tuntut?
Bawa sijil m4ti, sijil nikah, pengenalan diri, polisi takaful di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kem4tian. Jangan ditangguh.
Jadi selepas ini, jika tiada akaun Bank Rakyat, sila buka akaun bank tersebut. InsyaAllah ada manfaatnya. Bank Rakyat adalah satu-satunya bank yang ada khairat kem4tian.
Bagi yang bekerja sendiri, dan tak mencarum dalam skim KWSP dan PERKESO, sila carum secara sukarela. Pergilah mengadap pegawai kwsp dan perkeso, tanya prosedurnya. InsyaAllah mereka akan membantu.
Yang tak ada insuran/takaful diri, sila la beli takaful dengan kadar yang mampu. Banyak syarikat Takaful yang tawarkan bermacam-macam pelan perlindungan diri dan kelurga sekarang.
Tak perlu nak beli caruman yg mahal tapi hanya mampu bayar untuk 3 bulan sahaja. Kalau tak mampu sangat, beli Personal Accident (PA) je. Cukup murah tapi membantu waris jika terjadi apa-apa nanti.Yang paling penting sebelum menyertai apa-apa skim Takaful, sila fahami betul-betul apa yang nak kita ambil tu.
Jadi, lepas tahu ni pastikan anda bagitau dekat pasangan dan anak-anak supaya mereka boleh dan senang untuk buat tuntutan jika berlaku sesuatu pada anda nanti. Buat satu senarai supaya senang mereka rujuk.
Semoga bermanfaat.