Tabur Bahan Ini Dan Ikut Caranya Boleh Buatkan Pokok Kantan Subur Serta Berbunga Lebat

Jika anda mahu mencuba untuk menaman pokok bunga kantan, boleh cuba tips daripada pengguna Facebook dikenali sebagai Ibrisam Wossali.

TIPS JAGA POKOK KANTAN SUPAYA BERBUNGA SUBUR

Pokok kantan saya ni memang rajin berbunga. Tak pernah putus berbunga. Seawal umurnya hampir setahun lepas tanam dah belajar berbunga. Saya dapat tunjuk ajar dan petua menanam pokok kantan ni dari seorang rakan berkebun.

Mengikut pengalamannya nak tanam pokok kantan kena kawasan 100% kena cahaya matahari.

Sediakan lubang tanaman dengan tanah campuran baja organik. Biarkan seminggu lebih.

Selepas seminggu lebih dah boleh tanam rizom kantan ataupun anak pokok kantan yang dah ditanam dalam polybeg terlebih dahulu.

Selepas tanam, buat sungkupan di sekeliling perdu pokok. Bertujuan mengekalkan kelembapan tanah. Siram dua kali sehari.

Bila pokok dah besar sikit beri baja NPK hijau ataupun baja kopi. Masa ni kena selalu tabur serbuk kulit telur. Serbuk kulit telur ni menjadi baja kepada pokok kantan.

Alhamdulillah saya ikut caranya seperti yang diajar. Setelah hampir setahun pokok kantan saya berbunga buat pertama kalinya. Dan sampai sekarang dah hampir 3 tahun pokok kantan saya tak pernah putus berbunga. Itulah rahsianya saya selalu tabur serbuk kulit telur dan beri baja NPK biru.

Sumber: Facebook Ibrisam Wossali

Author: admin

Leave a Reply