Setiap Kali Menanam Tanaman Asyik Rosak Dan Tak Hidup, Ketahui Perkara Penting Ini Yang Sering Terlepas Pandang

Pelbagai faktor yang menyebabkan tanaman mudah rosak dan tidak subur seperti orang lain. Jadi, mari kami kongsikan enam sebab yang sering dilakukan tanpa sedar sehingga menyebabkan tanaman kesayangan mati.

Pernah tak jaga pokok siap bagi baja yang cukup tetapi masih juga rosak dan mati? Situasi ini sering terjadi terutamanya buat mereka yang pertama kali mencuba untuk bercucuk tanam.

INI 6 SEBAB YANG SERING TERLEPAS PANDANG

Selain kekurangan nutrisi, ini juga antara penyebab utama pokok yang ditanam cepat layu dan tidak subur dengan baik:

1. KERAP MEMBUBUH BAJA PADA ANAK POKOK

Kerap membubuh baja pada anak pokok yang belum matang usianya sehingga daun-daun pada anak pokok melecur seperti terbakar dan daun menjadi kekuningan seterusnya layu dan gugur. Jika ini berlaku, siram anak pokok dengan jumlah air yang banyak untuk menyahkn baja yang telah diserap ke dalam tanah.

2. MEMBUBUH BAJA ORGANIK DALAM JUMLAH BANYAK

Menggunakan baja organik atau baja NPK dalam jumlah yang terlalu banyak. Baja NPK yang diperlukan hanyalah sesudu kecil makan atau bersamaan kurang daripada 15 butir baja. Baja organik pula biasanya sesudu kecil makan atau sesudu besar makan bergantung kepada jenisnya.

3. SUKA MENYIRAM DENGAN AIR YANG BANYAK

Akibatnya akar membusuk, tanah berlendir dan mengakibatkan kulat serta banyak penyakit bawaan tanah. Masalah ini juga akan mengundang kedatangan semut dan anai anai serta ulat ulat halus dalam tanah. Jika ini berlaku, tanah perlu ditukar kepada tanah yang baru.

4. MENGGUNA PASU/POLIBEG TERLALU KECIL

Akibatnya, anak pokok tidak dapat membesar dengan baik lantaran akar sangat terhad bergerak, pengudaraan di dalam pasu atau polibeg kecil menjadi terlalu sempit.

5. TANAH TERLALU SEDIKIT

Tanah yang terlalu sedikit di dalam pasu atau polibeg sedangkan pokok yang ditanam adalah jenis berakar tunjang. Hal ini tidak sepatutnya terjadi kerana pokok yang berakar tunjang memerlukan tanah yang banyak. Tanah sepatutnya diisi hingga ke permukaan pasu atau polibeg.

6. TIDAK MEMBUANG DAUN TUA

Tidak membuang daun daun tua di bawah cabang Y. Akibatnya, banyak nutrien dihabiskn ke bahagian daun di bawah cabang Y. Hal ini menyebabkan nutrien tidak sampai ke bahagian bunga dan buah.

Sumber: Facebook Liyana Mohd Poad

Author: admin

Leave a Reply