Duit Kertas Rosak Jangan Buang! Ini Panduan dan Cara Nak Tukar Dekat Bank

Ada simpan duit kertas rosak dekat rumah? Jika ya, jangan dibuang!

Perlukah tukar duit yang telah rosak atau terkoyak? Mesti korang pernah alami situasi di mana bila nak bayar barang di kaunter, kita dapati wang kertas ringgit Malaysia tersebut sudah terkoyak menyebabkan si penjual tidak menerima wang kertas itu kerana dianggap sudah tidak bernilai lagi.

Jadi apa perlu kita lakukan? tukar duit rosak itu? atau buang sebab masih ada nilaikah?

Mungkin pada pandangan kita, ianya sudah tidak ada nilainya lagi jika ianya rosak, perlu anda ambil tahu, jangan dibuang wang kertas itu kerana ianya masih bernilai sekiranya ditukar di Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank Negara Malaysia menerima wang kertas dan duit syiling yang tidak sesuai untuk edaran untuk ditukar kepada duit baharu seperti:

  • duit terbakar
  • terkoyak
  • berluban
  • kotor/lusuh
  • kecut (kebanyakkannya duit polimer/ plastik)
  • dimakan anai-anai
  • luntur warna
  • cacat
  • hilang ciri-ciri keselamatan
  • dan banyak lagi.

Rujuk video wang rosak Bank Negara Malaysia:

Dalam perkongsian di laman Facebook BNM, wang kertas yang rosak ini sebenarnya boleh ditukar di mana-mana cawangan bank yang berdekatan tetapi nilai pertukarannya bergantung pada keadaan wang kertas tersebut. Bagaimana hendak tukar duit rosak itu, jom baca perincian dibawah.

Garis panduan pertukaran nilai

Berikut kadar penilaian Bank Negara Malaysia berkaitan duit kertas rosak berdasarkan kategori:

1. Wang Kertas Conteng

Wang kertas yang terdapat perkataan, tanda, simbol, lukisan dan karikatur, sama ada ditulis atau dilakarkan pada permukaan wang kertas dengan sengaja.

  • Nilai penuh akan diberikan kepada wang kertas yang mempunyai sedikit contengan
  • Tiada nilai akan diberikan kepada wang kertas yang mempunyai contengan ketara (iaitu terdapat tanda pada potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, tulisan yang memaparkan slogan politik dan unsur keagamaan atau menggunakan wang kertas sebagai kad jemputan/pad tulis)

2. Wang Kertas Cacat

Nilai yang akan diberikan untuk sebarang wang kertas yang koyak, terbakar dan dimakan anai-anai bergantung kepada keadaan berikut:

  • Nilai penuh akan diberikan kepada wang kertas yang melebihi dua pertiga (2/3) daripada saiz asal
  • Nilai separuh akan diberikan kepada wang kertas yang melebihi setengah (1/2) tetapi kurang dua pertiga (2/3) daripada saiz asal
  • Tiada nilai akan diberikan kepada wang kertas yang kurang setengah (1/2) daripada saiz asal

3. Duit Syiling Cacat

Nilai muka akan diberikan sekiranya duit syiling itu memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Duit syiling tulen
  • Rupa bentuknya dapat dikenalpasti
  • Cacat atau calar yang tidak disengajakan atau haus

Cara Tukar Duit Kertas Rosak

Jadi, apa nak buat kalau ada duit rosak?

Cara nak tukar duit kertas yang rosak ialah dengan membawa wang kertas /wang polimer / duit syiling yang rosak tadi ke mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia yang berhampiran dengan anda dan isi borang.

Anda boleh mendapatkan borang tersebut di kaunter.

Sekiranya cawangan Bank Negara Malaysia terlampau jauh dari rumah anda, anda boleh mencuba mendepositkan wang kertas rosak anda di Maybank, CIMB, BSN dan lain-lain.

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.bnm.gov.my/MataWangMalaysia atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan BNM di 1-300-88-5465 atau e-mel bnmtelelink@bnm.gov.my.

Sumber: BNM

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 + 1 =