Seorang perempuan anak sulung ini merupakan idaman ramai lelaki sebagai calon isteri.

Menjadi anak perempuan pertama dari sebuah keluarga sangat berat, di samping sebagai tulang belakang keluarga, anak pertama juga biasanya sangat kuat dan tegar motivasi dirinya. Tak ada yang tahu bagaimana proses perjuangannya yang terlihat kuat dan tegar itu dan dia kadang kadang menangis sendirian,

dia tertatih berusaha melawan keterbatasan, ia bekerja keras demi nasib untung dirinya dan keluarga. Tak ada tempat meminta tolong bagi anak pertama, kecuali dirinya sendiri dan Tuhan. Tak ada tempat meminta yang akan menjadikannya payah, tak ada tempat merengek yg akan membuatnya nampak lemah.

Ketika terpaksa meminjam pada teman, hati kecilnya selalu berteriak, “Saya harus cepat sukses agar kelak mampu untuk bantu orang lain juga.” Ya, dibentuk berdikari atau terbentuk berdikari. Menurut penelitian, anak pertama perempuan berpotensi lebih hebat dari anak pertama laki-laki. Menurutku itu kerana ketika anak pertama perempuan merasakan pahit kehidupannya sewaktu masih menjadi anak,

naluri keibuan memanggilnya untuk tidak membiarkan anak-anaknya kelak menderita sepertinya. Karakteristik anak pertama secara mendasar iaitu lebih dewasa, bijaksana dan memiliki banyak pengetahuan yang jarang diutarakan. Dalam hal ini anak pertama memiliki pola pemikiran yang kritikal sehihngga daya analisanya sangat kuat.

Kehidupan akan terus menuntun untuk terus berlajar tentang hidup. Maka anak pertama biasanya selalu melanjutkan pendidikan pada jenjang perguruan tinggi dan berharap boleh membahagiakan kedua orang tuanya dan saudaranya kelak. Untuk kamu anak pertama, hal ini mungkin boleh membantumu semakin kuat

Kejar mimpimu biarpun sendirian, Belajar tentang apapun yang kamu sukai, Teruslah menyayangi keluarga mu meskipun suatu saat kamu akan jauh dari mereka, Hidupkan kebahagian mu melalui hobby, Belajar untuk tetap tegar. Semangat, kamu lah jawapan atas semua doa keluargamu

7 Sebab Kenapa Anak Sulung Perempuan Menjadi Isteri Idaman

Menjadi anak sulung perempuan bukannya mudah. Walau bermacam cabaran sebagai anak sulung dengan masalah jantina nya sebagai perempuan, namun kamu tetap mempunyai banyak kelebihan. Jangan peduli apa-apa orang nak kata kepada dirimu kerana kamu adalah seorang kakak yang baik untuk adik-adikmu. Sebagai bukti, kamu mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh anak bongsu, kerana anak sulung perempuan itu selalunya menjadi isteri idaman setiap lelaki.

Kamu seorang yang jujur

Hal ini kerana kamu selalu berlaku jujur terhadap kedua ibubapa kamu, jadi jujur adalah sifat neutral yang kamu miliki. Inilah sebabnya kamu menjadi sebab kenapa dan sesuai menjadi isteri idaman setiap jejaka di luar sana. Siapakah yang tak mahu seorang isteri yang jujur kan?

Kamu bersifat Optimis dan Berdikari

Walaupun dilahirkan sebagai anak perempuan sulung, kamu mempunyai tubuh badan yang kuat dan berdikari. Kamu bukan sahaja dapat membela nasib kamu sendiri bahkan dapat membela nasib adik-adik kamu serta keluarga kamu sendiri. Sebab itulah kamu menjadi idaman lelaki.

Kamu Seorang Perempuan yang selalu melindungi adik-adikmu

Perempuan itu diperlukan bukan sahaja untuk kecantikkan secara fisik sahaja, namun faktanya lebih gemar bersama lelaki yang kuat dan berdikari. Oleh kerana kamu anak sulung, kamu memiliki tanggungjawab untuk menjaga adik-beradik selain mampu menjaga diri sendiri sekaligus dalam mengurus hal ehwal adik beradik.

Anak Perempuan Sulung Biasanya Pandai Memasak

Sudah pasti kamu biasa memasak dan membuat kuih muih untuk adik beradik atau orang tua kamu. Sifat ibu yang menjaga keluarga cenderung untuk dimiliki oleh kamu. Bukan sahaja kelebihan memasak, selari dengan sifat lembutnya juga membuatkannya menjadi isteri idaman pada amnya.

Kamu Pendengar Yang Baik

Oleh sebab kamu sudah terbiasa mendengar celoteh celoteh dari adik mu, maka jelas sekali bahawa kamu pendengar yang baik. Kamu juga mendengar keluhan kisah adikmu dan tidak jarang memberikan adik kamu untuk jalan keluar. Bukan sahaja pendengar yang baik, kamu juga dianggap isteri idaman kerana kemampuan kamu untuk mengendalikan segala situasi masalah.

Anak Sulung Perempuan Merupakan Calon Ibu Yang Baik

Macammana tidak menjadi isteri idaman? Kamu kan sebagai anak sulung perempuan yang sudah terbiasa menjaga adikmu. Kamu selalu membantu ibumu membuat kerja kerja rumah disaat ibumu menguruskan adik-adikmu yang lain. Apabila terbiasa dengan menjaga orang lain maka jelas kamu mempunyai peribadi yang bertanggungjawab.

Anak Sulung Perempuan Terkenal Dengan Kerajinannya

Kamu selalu membantu ibubapa membersihkan rumah disaat ibubapa kamu keluar atau pergi berkebun debelakang rumah. Kamu melakukannya dengan ikhlas dan bersemangat kerana anak sulung perempuan juga adalah tumpuan keluarga. Ini membuktikan kamu seorang anak yang rajin yang tidak harus diperselekehkan. Kepada anak perempuan yang sulung, kamu sangat beruntung dapat menjadi isteri idaman setiap jejaka di luar sana!

Sumber : kisahjalanan

Artikel lain : Jangan abaikan betapa mahalnya harga seorang anak sulung dalam keluarga.

Betapa Mahalnya Harga Seorang Anak Sulung Dalam Keluarga. Kasih sayang adik beradik sama ada anak sulung sehinggalah anak bongsu sememangnya pasti ada dalam sesebuah keluarga dan rasa kasih itu telah dipupuk oleh ibu bapa semenjak mereka masih kecil sehinggalah dewasa. Semua ibu bapa mengharapkan semua anakya berkasih sayang dan mengharapkan anak mereka akan kekal sayang sampai bila-bila.

Anak Sulung Paling Disayangi

Anak sulung adalah anak yang paling disayangi pada awalnya. Ada yang direzekikan awal, ada yang direzekikan setelah bertahun. Jadi, kecintaan pada anak pertama itu melebihi. Namun, kasih terbahagi bila dapat adik. Berkurang lagi bila bertambah bilangan adik-beradik. Semakin hujung anak itu, makin disayangi. Signifikan, yang bongsu lebih dimanjakan. Yang awal-awal sudah semakin dewasa, kasih beralih pada yang lebih kecil.

Anak sulung

Masa kecil, biasa saja abang atau kakak menyakat adik-adiknya. Itulah gurauan berkasih dalam keluarga. Kadang-kadang, bergaduh, kata-mengata, bertegang leher, tu lumrah dalam pertalian keluarga. Orang kata, lepas bergaduh, makin erat. Itu kasar pada kita. Tidak pada mereka.

Lain orang lain ragam, ada bahasakan “aku-kau”, ada bahasakan nama, ada panggil along angah. Bergaduh macam mana pun, biasanya anak sulung dan kedua lebih mengalah pada adik-adiknya. Awal-awal saja seperti rimau, sebenarnya di dalam kiut seperti kucing. Marahnya ada sebab kerana daya fikirnya lebih dulu matang dari adik-adik.

Pengorbanan

Yang sulung-sulung abang kakak ni, nampak saja buat dono tak peduli. Tapi sebenarnya, adik-adik jadi prioriti. Ada abang kakak yang korbankan pengajiannya demi menyara adik-adik. Ada yang sanggup berlapar demi adik. Ada yang rela adik hidup senang, dia sendiri kais pagi makan pagi. Ada yang korbankan usia mudanya hingga tak berumahtangga demi adik-adik. Ada yang menjamin gadai nama demi adindanya. Pengorbanan ikhlas. Tiada mengungkit. Jika diungkit sekalipun, demi menyedarkan, bukan meminta jasa dibalas semula.

Pelindung

Setelah ayah dan ibu, pelindung adik-adik adalah anak sulung abang dan kakak. Kata buruk pada adik-adik, merekalah yang dulu membela. Terjadi apa-apa musibah, merekalah yang tampil menjaga. Kadang-kadang, bila sakit pening adik-adik, yang duduk berteleku di samping adalah abang kakak picitkan kepala, tadah muntah dan tahan segala ragam adik-adiknya.

Terima kasih kerana bersusah payah menjaga dan bersabar. Andai ikut turutan umur, logiknya yang tua-lah akan pergi dulu tinggalkan adik-adiknya.Hargailah abang dan kakak kita. Merekalah yang tempuh fasa jatuh bangun bersama ayah ibu di awal membina kehidupan berkeluarga. Biarlah adik-adik nikmaati dan kecapi era senang selesa.

Rahsia Perangai Anak Sulung, Tengah, Bongsu & Tunggal. Anda Yang Mana Satu?Setiap orang pasti ada perangai dan sikapnya yang tersendiri, sama ada negatif atau positif. Yang pastinya apabila mempunyai anak yang ramai, bermacam-macam perangai dan ragam dapat dilihat dari setiap anak.

Anak Sulung

Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa sampailah dia dapat adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada anak sulung:

Dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.sering berjaya dalam hidup.lebih pandai mengambil hati orang tua. mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.Anak Tengah.Biasanya anak tengah punya perangai lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Tak suka dihalang tapi suka berdikari dan membuat hal sendiri. Golongan anak tengah selalunya banyak mengalah kepada si sulung atas arahan atau dengan si bongsu sebab tak nak keruhkan keadaan.

Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Jadi anak tengah suka cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.Ciri-ciri yang ada pada anak tengah:Lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain. lebih percaya dengan keyakinan sendiri.suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri sering merasakan diri mereka terpinggir. terlalu mengalah

Anak Bongsu

Golongan anak bongsu perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas.

Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya. Itu yang jadi nampak manja dan dapat apa saja yang dia sebut!Ciri-ciri yang ada pada anak bongsu:Happy go-lucky dan yakin diri. manja. berkeinginan dan bercita-cita tinggi. sukar membuat keputusan sendiri.

Anak Tunggal

Dalam banyak kategori, mungkin ramai nak menjadi anak tunggal dan anggap seronok memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Tak perlu berebut malah mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa.

Ciri-ciri yang ada pada anak tunggal:Sering merasakan diri mereka kesunyian. Lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai. lebih bijak bergaul. Lebih cepat matang. terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat. sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

Sumber: coretanmedia

Author: Rahsia Rumahtangga Dot Com

Leave a Reply