Sanggup jaga hati mertua, tapi hati ibu kandung dan ayah sendiri terluka dan terabai.

Assalamualaikum terima kasih banyak jika post ini disiarkan. Kisah ni saya cerita untuk jadikan tauladan bersama. Biasa kita dengar ibu bapa mertua banyak cerewet dan pelbagai. Namun, sebenarnya ada dikalangan mereka menganggap anak menantunya sama seperti anaknya sendiri.

Saya ada seorang adik lelaki yang sudah berkahwin dan dipersetujui oleh ibu bapa saya sendiri walaupun pada usia agak muda. Alhamdulillah perkahwinan berjalan lancar. Namun, kehidupan adik lelaki saya bukanlah senang agak sukar dan susah. Orang kata ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang, tiada terlalu banyak duit untuk menyimpan.

Ayah saya seorang yang tersangat baik hati sejak kahwin bantu bahagian kewangan sampai dah kahwin bantu sehingga berikan kereta walaupun ayah seorang yang tegas kewangan sangat jimat tapi ayah mana tak sayangkan anak tetap diberi bantuan yang banyak. Namun, siapa sangka sebenarnya dahulu selepas kahwin adik diajak oleh adik ipar untuk tinggal jauh drpd mak ayah di terengganu sana.

Mak ayah walaupun berat hati namun lepaskan. Walaupun hampir setiap hari risau keadaan adik dekat sana mcmana hidup susah ke senang. Sampai mak pernah menangis teruk bila fikir keadaan mereka . Sebab mak tahu adik susah. Mak dengan ayah dalam masa yang sama sebenarnya makan hati, terasa, pelik kenapa tak tinggal rumah dulu terus tinggal mak ayah duduk jauh dekat terengganu dengan family mertua.

Perasan yang pendam tu kami dekat rumah ni yang rasa. Pindah disana bukan sebab keperluan kerja namun atas kemahuan isteri. Wahai adik perempuan ipar, kenapa terlalu keras hati untuk tinggal jauh sampai 6 bulan tak balik-balik. Fahamlah lelaki ni tanggungjawab nya lebih pada mak dan ayah dia .

Selepas pujuk Alhamdulillah mereka mahu tinggal dengan mak dan ayah tapi tak sampai sebulan, isterinya minta duduk rumah sewa sendiri dekat kawasan kampung yang sama dan mereka pun pindah. Walaupun ekonomi mereka sangat tidak stabil, ayah bagi walaupun berat hati. Kerja keras adik kita faham sebab nak bayar rumah sewa mahal-mahal hanya untuk duduk berdua.

Apalah salahnya duduk dengan ibu bapa mertua bilik pun banyak keperluan semua ada boleh juga menyimpan. Namun ikut kehendak isteri. Banyak lagi perkara terjadi namun tak perlu cerita disini. Walaupun saya faham, mungkin adik ipar seorang pemalu. Tapi tolonglah cuba, kita family bukan orang asing lagi.

Kandungan isteri pun semakin sarat, segala perancangan dah dirancang berpantang dengan mak saya dirumah. Mak terlalu excited sampai nak sediakan tilam, mcm mcm, asyik cerita tentang cucu nanti lari-lari dekat rumah . Seriusly mak ayah kalau cerita tentang cucu mesti gembira.

Kandungan adik ipar dah 7 bulan masa raya haritu. Kemudian adik dgn isteri pun beraya dekat kampung terengganu. Namun, paling terkejut bila balik adik seorang tanpa isteri. Bincang, beritahu, semuanya tak sda. tiba tiba hilang balik sorang. Tinggalkan suami balik sorang.

Bila tanya katanya nak berpantang dekat rumah mak sendiri. 4 bulan dekat sana tanpa suami. Mak lagi sekali makan hati seminggu termenung fikir sampai mak tanya ada ke salah mak ke dia. Kenapa layan mak mcm bukan ahli keluarga sendiri. Mak punya kecewa Allah sahaja yg tahu. Ayah pun.

Bila dah kahwin ni dik, melibatkan banyak pihak. Bila dah bincang ada kata sepakat, dah janji janganlah hancurkan mcm tu sahaja. Jangan selfish, ikut sangat kehendak sendiri tanpa fikir orang lain. Apatah lagi buat keputusan dan hilang mcm tu terus. Jagalah hati mak ayah mertua mcm jaga hati mak ayah sendiri.

Banyakkan belajar, hormat suami, beradab dengan suami, dengar cakap suami. Restu suami tu penting. Dan penting jaga hati ibu bapa mertua juga, jagalah keberkatan rumah tangga dengan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Saya menulis sebab hati siapa yang tak sedih bila tengok mak ayah sendiri jadi macam ni. Wallahulam, cuma doa yang baik-baik. – Dayah (Bukan nama sebenar)

Sumber ; IIUMC

Artikel lain : Menantu sihirkan mertua supaya tunduk padanya

Nama aku Ifa. Aku anak nombor 5 dari 7 adik beradik. Abang sulung aku dah berkahwin dan mempunyai anak. Apa yg aku nak ceritakan kat sini semoga menjadi tauladan buat anda diluar sana apabila sudah berkahwin even mak mertua dan pak mertua baik sekali pun, korang bertuah sangat.

Abang aku berkahwin dengan pilihan hatinya, memang aku okey je dengan kakak ipar. Family aku pun okey dengan kakak ipar, basically takde masalah. Tak macam typical MIL laa kan. Parents aku layan dia macam anak dia sendiri, ayah aku siap suapkan kakak ipar lagi. Every month bagi RM200 duit belanja, even dia bekerja. And, bagi pakai kereta. Kami adik-beradik pun tak kisah sangat laa.

Memang semua family aku (termasuk makcik pakcik belah parents) suka kat kakak ipar. Sampaikan, maksu aku tak bagi ibu aku membebel, marah or suruh dia buat kerja. Untung kan ? Btw, dia tinggal 1 rumah dengan parents aku. Rasa-rasa ada lagi tak FIL and MIL yang macam ni ? Ada, tapi tak ramai kot. Parents aku memang tak berkira dengan dia. Mungkin menantu pertama kot.

Ayah aku belikan rantai untuk anak-anak, dia pun dapat. Apa yang ayah aku belikan untuk kami anak perempuan, semua dia akan dapat jugak. Kami pun apa ada hal kan, dah anggap macam kakak sendiri. Tapi lately ni macam aku ada rasa tak puas hati sikit laa dengan dia, aku dah lama perhatikan dia. Dia macam fake sikit sejak pemergian abangku, 6 bulan lepas, tapi perangai dia berubah 360 darjah sejak 3 bulan lepas.

3 bulan lepas, ayah aku belikan kereta untuk dia. Kereta biasa je, myvi 1st model. Tapi aku ni macam tak puas hati sikit laa, mula-mula aku just nak bergurau je. Tapi entah macam mana makin melarat pulak. So, aku tanya direct dengan ayah, kenapa ayah belikan dia kereta. Sedangkan dia bekerja, and aku sendiri pun beli kereta tak pakai se sen pun duit parents.

Ayah aku cakap, ayah belikan dia kereta sebab nak mudahkan dia pergi kerja and balik kampung mak dia kat kedah. Memandangkan kereta abang dulu aku tu ayah sayang nak buat lasah sebab banyak kenangan. Okey, aku boleh terima alasan tu. Takpe.. aku diamkan je, tapi nampak dia macam cuba lari-lari dari aku, and aku perasa dia selalu elakkan diri dari jumpa aku. Aku tak pasti kenapa.

Benda ni jadi makan teruk bila parents aku macam asik menangkan dia, berbanding adik beradik aku yang lain. Apa yang anak-anak buat, semua salah dimata diorang. Tapi kalau menantu dia yang buat, semua betul saja. Aku tengokkan je, and diam-diam aku siasat. Ayah aku ni ada perniagaan laa, tapi kecil-kecil je.

So 1 hari tu, aku pergi kat kedai ayah aku untuk settlekan bil. And aku pun buka laa online banking web untuk bayar semua bil. Memang jenis aku, lepas bayar aku akan tengok transaction history. And aku tengok ada 1 jumlah duit, dalam RM2,945 ditransfer ke akaun lain. So aku macam pelik laa, biasa kalau transfer ke apa. Aku or ayah akan tulis untuk apa untuk apa. Tapi yang tu kosong.

So aku call ayah, tanya ada ke bayar sekian sekian dengan jumlah RM2k tu. Ayah aku cakap takde. Start ni aku dah syak dia yang buat, sebab aku ayah and dia je yang handle kedai ni. Adik beradik aku yang lain jaga kedai lain. Aku tunjuk ayah, ayah cakap dia pun tak perasan benda tu. Takpe aku kumpul bukti, bila aku check history bank lain. Maka bermulalah soaljawab dengan semua anak-anak ayah.

Semua cakap takde, tapi kakak ipar aku buat cerita. Dia cakap dia haritu abang aku yang no 3 tu ada tanya dia pasal password akaun ayah. Apa lagi, ayah pun tanpa usul periksa terus mengamuk dengan abang aku tu. Walaupun dah dinafikan. Aku doa supaya Allah tunjukkan siapa yang salah. Long story to short,

setiap hari jumaat memang kakak ipar aku suruh aku kemaskan bilik dia sebab dia pergi kerja awal, Allah tu maha mendengar. Dia tunjukkan dekat aku, aku terjumpa 4 receipt barangan yang dibeli, sama amount dengan yang ditransfer. Aku selongkar lagi, rupanya banyak yang dia beli guna duit ayah aku. Secara senyap-senyap.

Apa lagi yang dia tak puas hati ? Parents aku punya baik, itupun nak pijak kepala lagi ke ? Duduk free, makan free, kereta free, bulan-bulan dapat RM200. Dan yang paling mengejutkan aku, dia guna-guna kan parents aku. Macam mana aku tahu ? Sebab aku jumpa banyak benda berkain kuning.

Yang diikat dengan benang merah, and aku perasan. Dia elak pandang mata aku, bila aku nak tenung dia, dia akan alihkan mata supaya tak bertentang mata. Sungguh aku tak percaya, kakak ipar yang aku hormat, yang bertudung labuh. Yang aku anggap macam kakak sendiri, yang parents aku anggap macam anak.

Tapi sanggup buat kitorang macam ni. Parents aku dah beri kepercayaan kat dia, tapi dia yang rosakkan. Bagitahu aku, mana nak dapat FIL and MIL yang boleh berkongsi cawan untuk minum, yang suapkan makan, yang boleh ribakan menantunya tidur. Mana nak dapat ? Diajak duduk sekali, dibagi duit tiap-tiap bulan, beli baju raya ibu aku bagi lagi duit, dibelikan kereta.

Parents siap tak bagi dia pindah kampung, walaupun abang aku dah takde. Bukan takde mak mertua yang baik, tapi tulah. Bila dah ada yang baik, dipijak pulak kepala. Macam mana ? Ada je mertua yang baik, tapi kadang kena bertegas sikit.Aku harap siapa yang ada sifat macam ni cepat2 la berubah sebelum terlambat. Assalamualaikum.

Sumber : memorikini

Author: Rahsia Rumahtangga Dot Com

Leave a Reply