Resepi Mudah Untuk Buat Salad Buah Berkrim Sedap Pasti Anak Suka

Anak – Anak susah nak makan buah, apa kata cuba buat salad buah berkrim, mesti anak sukakan kerana anak – anak mesti suka makan makanan berkrim kan. Apa kata mak – mak cuba buat salad buah ini, sudah pasti sedikit sebanyak boleh membantu anak – anak untuk mencuba kesedapan buah buahan segar. Jom follow resepi Salad Buah Berkrim ini yang dikongsikan oleh Puan Marimar Mas.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

  • Fruit Cocktail (Jenama apa pun boleh)
  • Susu Pekat
  • Cheddar Cheese
  • Nestle Cream (Mesti ada baru sedap)
  • Corn Kernel (Bukan Cream Corn tau)
  • Buah-buahan segar (Terpulang nak letak buah apa, lagi banyak lagi sedap)
  • Resepi salad buah

CARA-CARA BUAT SALAD BUAH BERKRIM

1. POTONG & KUPAS BUAH

  • Mula-mula sekali basuh semua buah yang baru dikeluarkan dari peti ais dan potong mengikut saiz kesesuaian mulut korang.
  • Kalau macam longan tu korang kupas kulit dia dulu dan buang biji kat dalam tu, kang tak pasal-pasal makan tercekik biji pulak.

2. POTONG CHEDDAR CHEESE

  • Seterusnya potong cheddar cheese secara mendadu.

3. TAPIS FRUIT COCKTAIL & CORN KERNEL

  • Keluarkan fruit cocktail dan corn kernel dari dalam tin dan buangkan airnya.

4. GAUL KRIM

  • Sekarang campurkan Nestle Cream, Cheddar Cheese dan susu pekat tu bersama dan gaul.
  • Kuantiti Nestle Cream tu boleh agak-agak dengan kuantiti buah-buahan korang. Tapi untuk cheddar cheese tu kalau bubuh banyak pun lagi sedap
  • Bagi yang bertanya, Nestle Cream ni boleh jumpa dekat pasar raya contohnya Aeon Mall atau Giant. Ini gambarnya saya letakkan di bawah supaya senang korang nak cari.
  • Susu pekat ni pulak boleh letak dalam 2 atau 3 sudu teh je tau, atau mengikut kemanisan mulut korang.

5. MASUKKAN BUAH

  • Kemudian masukkan semua buah-buahan dan kacau sampai korang puas hati.

6. SEJUKKAN

  • Bila dah siap gaul, letak dalam bekas yang bersesuaian dan simpan dalam peti ais untuk dimakan sejuk-sejuk.

Baru sedap!

BOLEH ‘PANCING’ ANAK-ANAK MAKAN BUAH

Senang kan? Berbanding makan kek atau manisan, eloklah kalau sediakan salad buah-buahan macam ni.

Secara tak langsung boleh galakkan anak makan buah jugak.

Memang sihat, lazat dan rasa buahnya segar serta menyejukkan tekak. Rasanya pun cukup special, lain daripada lain!

Selamat mencuba.

*Resepi salad buah berkrim ini dikongsikan oleh Puan Marimar Mas

Author: admin

Leave a Reply