Bila tengok bihun masakan orang utara ni mesti lain dari yang lain kerana bihun mesti warna kuningkan..haaa baru nak bertambah selera nak makan kena pulak dengan sup tulang lagi lah bertambah keinginan nak makan tuh. Nak masak resepi bihun tulang utara ni tak susah sangat sesiapa pun boleh buat cuma kena tahu resepinya sahaja, selebihnya ikut jerr follow step by step insya Allah korang boleh merasa sendiri aroma dan kelazatan bihun sup tulang utara.
Sesiapa nak cuba boleh ikut resepi ini yang dikongsikan oleh Zaina Talib sangat mudah dan membantu bagi persiapan menyediakan masakan bihun sup tulang utara. Simple dan sedap.
Bahan – bahan untuk buat Bihun Sup Tulang Utara
- 1 peket bihun
- 1 sudu kunyit
- Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah kunyit..kemudian basuh dan tapis..
Bahan – bahan untuk Sup Tulang Utara
- 1kilo tulang dicampur sedikit daging
- 2 batang serai ketuk
- Halia lebih kurang 2 inci diketuk
- 4 ulas bawang putih ditumbuk
- 4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
- 1 batang kulit kayu manis
- Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
- Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
- 3 bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- Sedikit batang daun sup
- Air secukupnya
Masukkan semua bahan bahan didalam periuk..
- Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka..
***lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup…kalau taknak buat pon tak apa..
Bahan – bahan untuk buat cabai merah
- Cili kering yang telah di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar
- Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
- Asam keping atau air asam jawa atau cuka
- Garam
- Gula
Tumis bawang kemudian masukkan cili ..masak sampai pecah minyak..masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka..garam dan gula..boleh juga masukkan sesikit sos cili jika taknak masukkan gula.
Bahan2 sampingan untuk dimakan bersama bihun
- Daun bawang
- Daun sup
- Lobak masin
- Bawang goreng
Selamat mencuba. Resepi Bihun Sup Tulang Utara..cabainya merah..bihunnya kuning. wow..sedapppp…
Kredit: Zaini Talib