Perkongsian Masak Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Kenduri, Lengkap Bersama Lauk Yang Anda Semua Rindukan

Kebanyakan orang bila pergi makan kenduri jer mesti takkan lupa Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah kenduri kan, sedap namun tak semua orang boleh masak sendiri di rumah kerana tak tahu Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Kenduri. Resepi ni boleh dimasak di rumah sendiri lagi lagi kalau nak masak untuk makan tengahari memang mudah dan sedap lagi menyelerakan.

Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Kenduri ini dikongsikan oleh Hidayati Hana untuk anda semua, namun anda boleh olah sendiri mengikut citarasa sendiri yang pasti mudah dan setiap orang boleh mencubanya.

Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Kenduri

Langkah – Langkah untuk masak mengikut Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Kenduri adalah masak nasi dulu, masak ayam merah dan seterusnya buat acar nanas dan timun.

1) Resepi Nasi Tomato Kenduri

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras basmathi
  • Air secukupnya – anggaran air 1 cawan beras basmathi ( 1.5 cwn air)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 helai daun pandan
  • 3 sdb tomato puri
  • 3 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
  • Sedikit minyak/marjerin
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  • Beras direndam dalam 30 minit, basuh dan toskan.
  • Panaskan minyak, tumis bawang dan halia.
  • Masukkan 3 sekawan dan daun pandan. Bila dah layu, masukkan tomato puri.
  • Masukkan beras, susu cair, air secukupnya, kuib pati ayam dan garam.
  • Transferkan dalam periuk nasi. Biarkan nasi masak
  • Bila dah kering, kacau sebentar menggunakan garfu.
  • Taburkan kismis dan bawang goreng.

Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Kenduri

2) Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Mudah

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 cawan cili kisar
  • 2 biji bawang besar *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 3 sekawan
  • 2 sdb sos cili
  • 1 sdb sos tiram
  • Air anggaran 1 cawan (kalau nak berluah letak lebih)
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 biji bawang besar hiris (hiasan)
  • Daun bawang
  • Kacang peas dalam tin

Cara-cara:

  • Ayam digoreng dengan garam kunyit.
  • Blendkan bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend sampai naik minyak
  • Masukkan 3 sekawan dan cili kisar. Tumis sampai cili garing.
  • Masukkn sos cili dan sos tiram.
  • Masukkn air, garam dan gula. Bila dah mendidih, masukkan ayam dan bawang besar hiris
  • Boleh masukkan kacang peas jika suka
  • Hiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang.

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Mudah

3) Resepi Acar Nenas Dan Timun

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji nenas
  • 1 batang timun
  • 2 biji cili merah
  • 2sdb oren sunquick
  • Garam dan gula

Cara-cara:

  • Potong nenas dan timun.
  • Hiris cili.
  • Gaulkan semua bahan dan siap.

Resepi Acar Nenas Dan Timun

Kredit: Hidayati.Hana

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

48 + = 49