Saya rasa bukan saya jer suka beli Jeruk Mangga Asam Boi ni, ni pasti mak-mak selalu beli juga kan Jeruk Mangga Asam Boi nih, apa kata cuba buat sendiri je di rumah. Biasalah harga satu bekas tu pun boleh juga harga jeruk mangga ni dalam RM10 sebekas kecil. Kalau kita buat sendiri rasanya lebih berbaloi dan puas hati untuk makan sekeluarga.
Namun ramai yang tak tahu Resepi Jeruk Mangga Asam Boi nih, nah inilah rupanyan ramuan rahsia untuk jadikan jeruk mangga ini rangup dan lebih sedap, jangan lupa tambahkan air aiskrim soda dan simpan dan peti sejuk semalaman.
Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Krup Krap yang sangat rangup dan sedap ini dikongsikan oleh Puan Sham Sabri.
“Ada tak hantu atau peminat jeruk mangga asam boi.Sis nk share resepi. Sukatan ikut sesedap rasa la ye”
JERUK MANGGA ASAM BOI KRUP KRAP
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 2 biji mangga lemak atau lain-lain buah yang sesuai.
- 5 – 6 biji cili api. Boleh dikurang atau ditambah.
- 3 – 4 sudu makan gula pasir.
- 5 biji asam boi.
- 1/4 cawan ais krim soda. Nak buh lebih pun boleh.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Kupaskan mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan.
- Masukkan ke dalam balang dan campurkan semua bahan-bahan lain iaitu gula, cili api, asam boi, dan ais krim soda.
- Simpan dalam peti ais semalaman dan esoknya boleh dimakan. Hasilnya jeruk mangga yang ranggup gitu.
- Kalau tak sabar makan je terus gocang-goncang.
Selamat mencuba.
Sumber: Sham Sabri