Pemakanan yang bernutrisi dan seimbang amat penting bagi memastikan badan sihat dan kuat. Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti beguk, kekejangan otot, skurvi dan sebagainya.
Badan kita merupakan indikator menunjukkan tahap kesihatan dalaman kita samada kita mendapat nutrisi yang cukup ataupun tidak. Oleh itu, jangan abaikan petanda-petanda fizikal yang dirasai oleh tubuh badan kerana sekiranya kita mengabaikannya, kita mungkin terlepas pandang masalah dalaman yang lebih besar.
Kita boleh ‘melupakan’ rasa sakit itu, tetapi masalah itu tetap ada walaupun kita tidak mengendahkannya.
Salah satu masalah yang sering kita hadapi dan ambil mudah ialah rasa kebas pada anggota badan. Baru-baru ini, Dr. Zubaidi Hj. Ahmad mendedahkan punca kekebasan anggota badan yang membuatkan anda rasa seperti dicucuk-cucuk. Berikut ialah penerangannya.
Kekurangan mineral seperti kalsium, kalium, natrium atau di dalam badan boleh menyebabkan rasa kebas.
Isyarat yang dibawa oleh saraf dihantar memerlukan mineral sodium (natrium), potassium (kalium) dan kasium. Apabila seorang individu ini tidak cukup tahap mineral-mineral tersebut dalam tubuh, ia akan menyebabkan isyarat yang dibawa ditafsirkan secara rambang. Ini menyebabkan sentuhan yang ringan pada kulit, menyebabkan otak kita menerima isyarat yang dibawa sebagai rasa mencucuk-cucuk.
Seorang pesakit ada berjumpa saya kerana mengadu hujung jari tangannya agak kebas. Setiap kali tersentuh kain pakaiannya beliau akan merasa seperti dicucuk jarum. Pemeriksaan darah bagi menguji tahap mineral menunjukkan beliau mengalami kekurangan mineral potassium, akibat ginjalnya tidak berfungsi dengan baik.
Apabila ginjal bermasalah, penyerapan semula mineral ini dari air kencing tidak berjalan dengan lancar. Banyak mieral tidak dapat diserap semula dan keluar melalui air kencing.
Ini menyebabkan kandungan mineral tersebut dalam tubuh menjadi rendah. Jika pesakit tidak mengambil makanan yang mengandungi banyak mineral, atau mineral air mineral secukupnya atau tidak mengambil suplemen mineral yang dibekalkan oleh doktor, pesakit akan mengalami rasa kebas, terutama di bahagian hujung jari kaki dan tangan.
Jangan lupa komen dan share ya!