Tanda-Tanda Kekurangan Air Atau Dehidrasi. Amalan minum 8 gelas air suam atau air putih memang digalakkan untuk memastikan kesihatan berada pada tahap yang baik. Kurang minum air akan menyebabkan berlakunya dehidrasi yang boleh menjejaskan fungsi dalaman badan.
Mungkin untuk segelintir dari kita, amalan minum 8 gelas air ini nampak remeh ataupun sukar untuk dilakukan. Namun kurang minum air boleh menyebabkan tahap kesihatan kita terjejas.
Jika anda rasa kurang minum air ini tidak akan memberi apa-apa kesan kepada kesihatan anda, dalaman dan luaran, anda silap. Baca artikel ini sampai habis.
Tanda-Tanda Kekurangan Air Atau Dehidrasi
- Antara tanda-tanda awal dehidrasi atau kekurangan air adalah kulit anda akan menjadi kering. Biarpun anda kerap menyapu losyen, namun kulit anda tetap kelihatan kering dan kusam.
- Mata kerap terasa kering dan pedih. Malah bahagian mata yang putih kerap kemerahan.
- Mulut terasa kering dan warna pada permukaan lidah agak keputihan. Kekurangan air atau dehidrasi juga boleh mengakibatkan nafas berbau.
- Berasa haus biarpun baru selepas minum segelas air.
- Mudah berasa letih biarpun tidak melakukan aktiviti yang memenatkan. Bila badan kekurangan air, tubuh terpaksa mengambil air dari darah dan menyebabkan bekalan oksigen ke seluruh tubuh agak terjejas.
- Kerap terasa sakit tulang dan lenguh-lenguh badan.
- Kerap demam atau sakit yang berpanjangan akibat badan tidak dapat membuang toxin atau racun.
- Masalah sembelit yang agak kronik akibat sistem pencernaan terjejas kerana kurang minum air.
Memang banyak kesan negatif kalau kita kurang minum air kan. Jadi selepas ini, pastikan anda jadikan amalan minum lebih 8 gelas air sehari sebagai rutin harian anda.