Dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan. Kadangkala seseorang tidak ada pilihan. Salah satu cara untuk mendapatkan wang adalah dengan berniaga. Ada beberapa tempat boleh dipilih untuk berniaga seperti di tepi jalan raya besar yang senang orang memarkirkan kereta, di hadapan sekolah atau di hadapan pasar.
Ada beberapa orang rakan yang dapat saya bantu dengan mengeluarkan sedikit modal dan perniagaan dijalankan di hadapan sekolah atau tidak jauh dari sekolah. Ada sekolah yang tidak membenarkan orang ramai menjual di hadapan sekolah. Tetapi boleh sahaja untuk cari tempat startegi yang boleh dilawati oleh anak-anak.
Sekolah biasanya ada dua sessi. Jadi berniaga waktu tengah hari adalah waktu yang tepat. Di mana ada anak yang mahu masuk bersekolah dan ada yang mahu balik. Antara jualan yang sering saya cadangkan, selain mihun goreng, mi goreng adalah seperti dibawah.
1)Benjo.
Roti burger anggaran dalam 20-sen sebiji. Beli di kedai frozen dan telor dalam 30 sen. Keuntungan antara 40-50 sen. Boleh dijual RM1. Ada rakan di kawasan bandar menjualnya RM1.50.
Cara memasak, beli kuali memasak burger. Masak sekali telor sebanyak 5-10 biji sekali masak. Kalau sekolah berkapasiti 1000-1500 pelajar, pada permulaan boleh buat dalam 30-50 biji.
2)Nasi lemak bungkus.
Nasi lemak..RM1. Nasi, sambal telor sebelah/ suku. (Untuk anak anak tak perlu banyak nasi. Sambal kena manis sedikit. Guna gula melaka)
Sambal nasi lemak di masak ketika hari sabtu atau Ahad. Masak secara banyak dan kemudian diforzenkan. Bahagikan kepada 5 bekas. Ambil setiap bekas dan panaskan sahaja setiap hari. Hanya masak nasi dan rebus telor sahaja. Jimatkan masa.
3)Keropok lekor dalam cawan..
Keropok lekor dipotong kecil, dimasuk dalam cawan dan di letak sos cili. Cawan beli secara borong dalam 10sen. Keropok dalam 2-3 batang kecil. Sos cili dibeli secara kilo di kedai frozen.
4)Sandwich Sardin goreng.
Sekeping roti yang diisi sambal sardine atau sardine yang dilenyek, digoreng dengan sedikit bawang. Lipat dua. Kemudian potong dua dan celup dalam tepung atau telor. 2 keping boleh dijual RM1. Letak dalam plastic siap-siap. RM1 untuk satu bungkus. Sardin boleh diberi di kedai borong. Ada sardine tin besar RM3 atau beli di dalam plastik seperti keluaran Tesco.
5)Sandwich telor mayo.
Buat sandwich telor yang dilenyek dan diisi dengan mayo. Bungkus sandwich dengan plastic wraping. Mayo dibeli secara kilo dan roti dibeli di kedai borong. Jual 2 potong untuk RM1. Anggaran keuntungan 40-50sen.
6)Spagetti goreng.
Rebus spagetti. Goreng dengan bawang merah, bawang putih, sedikit daging ayam yang dipotong halus letak sedikit daun bawang/sup.
Selamat mencuba…selamat memulakan perniagaan!
Sumber : fb Norhayati Berahim