Dunia digemparkan dengan seorang ahli politik eropah yang dulunya merupakan pejuang anti-Islam kini mengakui sudah ‘jatuh cinta’ dengan keindahan Islam dan ‘isinya’.
Bekas ahli parlimen Belanda itu telah memeluk islam secara rasmi pada 26 Oktober 2018 ketika dalam proses mengkaji ‘sifat’ Islam yang didakwa kejam oleh sesetengah pihak.
Dalam pada itu, Adam Corrie sebelum ini pernah mendedahkan dia berjaya menarik kira-kira 15 individu bukan Islam untuk memeluk agama itu sejak dia bergelar mualaf pada Julai 2007.
Terbaru, perkongsian menerusi Instagram miliknya turut meluahkan bukan mudah untuk terus istiqamah untuk menuju kejalan-Nya. Status itu mendapat pujian rata-rata netizen yang bersetuju dengan penjelasan tersebut dan berterima kasih kepadanya kerana sentiasa berusaha mengingatkan setiap saudara Islamnya.
Apabila Allah sudah beri hidayah pada kita, hargailah ia sebaik mungkin.
“Ya Tuhan Kami, jgnlah Engkau jadikan hati Kami condong kpd kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami & kurniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; krn Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (kurnia)”
Mmg sukar utk terus istiqamah buat baik. Itulah perlunya mujahadah ( berjuang dengan bersungguh-sungguh dgn syariat)
Kalau kita masih lemah ketika baru terima hidayah atau apabila di landa ujian .. cari kawan yg boleh bantu kita sama-sama berada di landasan yg betul. pergi majlis ilmu.jauhkan seketika dahulu kawan2 yg boleh pengaruh kita ke buat perkara yg tidak elok.
Kalau kita dah kuat.. boleh dekati dan ajak mereka buat kebaikan.Percayalah.. Allah sayang kita.. tp kita bersangka-sangka dgn Allah. kuatkan ikatan kita dgn Allah dulu.
Sedih.. tak mengapa.. itu lumrah utk kita yg bergelar hambaNya yg lemah. sedih.. mengadu dgn Allah.. Allah nak dengar rintihan kita yg tulus yg dari hati.
senyum selalu
selalu bersangka baik
insyaAllah hati tenang
#adamcorrie #bukanUstaz #CinaMuslim