Ketahui Rahsia Kemanisan dan Kemesraan Suami Isteri Dalam Rumahtangga

Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga.

Pelbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya.
Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif.

Bagi mengekalkan kemanisan tersebut, anda boleh cuba mengamalkan tips berikut:

1. Ciuman

Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.

2. Cincin perkahwinan

Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.

3. Makan malam atau bercuti

Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.

4. Perubahan

Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.

5. Adab

Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.

6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa

Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.

7. Hadiah

Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, valentine, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.

8. Senyum

Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.

9. Sentuhan

Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.

10. Impian

Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.Anda pasti ingin dihargai dan menghargai. Selamat mencuba tips-tips ini, semoga anda akan beroleh kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga anda.

Selain itu rahsia kemesraan suami isteri dalam rumahtangga yang boleh diamalkan oleh setiap pasangan untuk mengekalkan kemesraan tersebut.

Berikut 6 rahsia kemesraan suami isteri:

1. Melepaskan Tekanan

Bilik tidur adalah ruang paling peribadi dan teramat menyenangkan bagi kaum wanita. Ia dijadikan tempat menghilangkan rasa penat fikiran dan fizikal selepas melakukan pelbagai urusan kerja dan rumahtangga. Oleh itu, tatkala melihat isteri bersendirian di kamar biarkanlah saja mungkin itulah yang paling diperlukan oleh isteri ketika itu .

2. Komunikasi Lembut

]Sewaktu berada di kamar dengan isteri, jauhkan perbualan atau debat yang dapat menggangu suasana hatinya. Selain itu, belajarlah bicara lembut dan santun terhadap pasangan.

3. Bersikap Terbuka

Belajarlah bersikap terbuka di kamar terutama dalam mengungkapkan hal – hal pencetus ghairah untuk mencapai kepuasan seksual. Bila suami isteri saling terbuka dan tidak memaksa maka kehangatan dan keintiman di bilik tidur akan tercipta dengan sendirinya .

4. Layan Isteri Bak Puteri

Lakukan hal-hal menyenangkan ketika bersama isteri di bilik tidur. Layanlah dirinya bak puteri pada satu malam misalnya dengan memberi urutan walau tidak diminta sambil menyediakan minuman yang menyegarkan untuk dirinya .

5. Perhatian Lebih

Memberikan perhatian atas layanan atau penampilannya juga amat menyenangkan bagi wanita. Selain itu, ajak isteri berbual tentang perkara yang menggembirakan dan tak melulu kepada soal seks

6. Sentuhan Dan Belaian

Tak salah sekiranya bila di bilik tidur anda hanya mencumbu pasangan tanpa mengakhirinya dengan hubungan intim. Pelukan dan sentuhan mesra suami kadang – kadang lebih dihargai dari hubungan intim separuh hati daripada isteri

Jom Amalkan..

Author: admin

Leave a Reply