Banyak dalam artikel rumah tangga menyarankan kepada para isteri untuk menjaga mata suami. caranya berdandanlah untuk suami di rumah. jangan kelihatan selekeh dan berserabut bila dipandang. kerana lelaki mudah terangsang dengan penglihatan matanya.
Jika difikirkan lebih jauh lagi, isteri bukan setakat perlu berdandan cantik dan berpakaian seksi sahaja dalam usaha menjaga mata suami bahkan sebenarnya lebih dari itu;
1. Jaga mata suami dengan menjaga apa yang dilihatnya di televisyen dan internet.
Bukalah rancangan yang elok ditonton bukan setakat kepada anak2 tetapi untuk suami juga seperti rancangan agama, kuliah2 ilmu, rancangan masakan, dan lain2 rancangan televisyen yang kurang memaparkan atau menonjolkan wanita yang tidak menutup aurat, tergedik3, adegan2 seks, dan sebagainya.
begitu juga dalam internet, luangkan masa bersama suami ketika melayari internet seperti mana kita menemaninya ketika dia melayan hobinya yang lain. nasihatkan dia untuk tidak melayari laman2 yang tak bermoral, melihat gambar2 yang haram di sisi syara’ untuk dilihat, atau membaca tulisan2 lucah yang terdapat di dalamnya.
2. Jaga juga adab berpakaian di dalam rumah.
Kita sebagai isteri sebenarnya bukan setakat punya hak yang besar dalam mengatur perabut di rumah, bahkan kita juga berhak mengatur aktiviti ahli keluarga dan peraturan di rumah kita. jangan biarkan suami kita memandang aurat wanita lain di rumah kita melainkan aurat kita sahaja. pastikan anak2 berpakaian sopan di rumah dan tidak menjolok mata. pesankan pada mereka jika hendak berpakaian begitu pakai sajalah di dalam bilik atau waktu suami, adik beradik lelaki dan saudara mara tiada di rumah. ini bukan saja dapat mendidik etika berpakaian mereka ketika di rumah bahkan juga ketika berada di rumah orang lain.
Bukan pada anak2 kita sahaja, tetapi kepada sesiapa juga yang datang berziarah dan bertandang ke rumah. adik beradik kita, kawan2 kita, kawan2 anak kita, dan sesiapa saja. pesankan kepada meraka untuk menjaga aurat meraka ketika suami dan anak2 lelaki kita berada di rumah.
Tetapi jika di rumah orang lain mungkin semua ini mustahil untuk dilakukan, jadi berpesanlah kepada suami dan anak2 lelaki supaya mereka menjaga pandangan dan berdoalah kepada Allah semoga Allah menjaga pandangan mereka.
3. Kurangkan berkunjung ke tempat-tempat awam.
Faham-faham jelah kat tempat awam ni macam-macam ada, cukuplah sekadar apa yang perlu, jika tiada apa yang perlu beredarlah dari situ.
Kita memang tak mampu nak buat semua, tapi kita masih ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan. buatlah dan serahkanlah kepada Allah yang selebihnya. berpesanlah kepada suami dengan perkataan yang baik dan mohonlah taufik dan hidayah Allah untuknya. semoga dia faham dan mengerti.