Inilah 10 Makanan Untuk Turunkan Darah Tinggi

Mengikut statistik, penghidap penyakit darah tinggi ini semakin meningkat dari masa ke semasa di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.

Mungkin ramai yang tahu bahawa sodium atau garam adalah antara penyebab utama penyakit ini. Oleh itu, penghidap penyakit darah tinggi perlu mengambil banyak makanan mengandungi kalsium, magnesium dan potassium.

Sebenarnya, ketiga-tiga vitamin ini boleh didapati dalam bentuk suplemen yang banyak terdapat di pasaran. Namun, tahukah anda ianya juga boleh didapati  terus daripada sumber makanan semula jadi?

Berikut ini adalah antara makanan yang paling sesuai untuk diambil untuk pesakit darah tinggi.

10 Makanan Penurun Darah Tinggi

1. Kacang Putih

Kacang putih sangat enak dimakan begitu saja. Ia juga boleh ditambah dalam makanan lain seperti lauk atau nasi.
Satu cawan kacang putih mengandungi 13% kalsium, 30% magnesium dan 24% potassium yang diperlukan oleh tubuh badan setiap hari.
Tip: Enak ditambahkan dalam sup, ‘side dishes’ dan pembuka selera.

2. Yogurt Bebas Lemak

Yogurt memang sedap, tetapi kenalah cari yang bebas lemak. Pastikan ia tidak mengandungi gula tambahan dan perisa tiruan. Secawan yogurt mengandungi 49% kalsium, 12% magnesium dan 18% potassium.

Tip: Amalkan makan sewaktu sarapan pagi. Boleh juga dijadikan ‘salad dressing’ ataupun sos. Lagi bagus jika ia ‘homemade yogurt’.

3. Ikan Tilapia

Sekali-sekala, hidangkan ikan tilapia sebagai lauk istimewa untuk seisi keluarga. Lebih mudah di gril atau stim, pasti enak apabila dimakan dengan kerabu mangga yang segar. Krup krap krup krap bunyinya! Ikan ini membekalkan 8% magnesium dan potassium.

Tip: Elak menggorengnya untuk pemakanan sihat.

4. Buah Kiwi

Buah kiwi kini mudah dijumpai di kebanyakan pasaraya. Selalunya dijadikan hiasan pada kek dan manisan seperti tart buah. Apa kata anda cuba memakannya begitu saja? Buat jus pun sedap! Sebiji kiwi mengandungi 2% kalsium, 7% magnesium dan 9% potassium.

Tip: Ia mengandungi vitamin C jika dibandingkan dengan buah oren. Bagus dimakan segar.

5. Buah Pic

Buah pic ini jarang didapati di negara kita selain dalam bentuk yang diawet dalam air gula atau ‘syrup’. Namun, sesetengah pasaraya utama ada menjualnya dalam bentuk buah segar. Sebiji buah pic sederhana besar mengandungi 1% kalsium, 3% magnesium dan 8% potassium.

Tip: Jika tidak suka dimakan begitu sahaja, boleh juga dijadikan smoothies.

6. Pisang

Pisang adalah antara makanan  yang paling senang untuk kita dapatkan dalam cuaca tropika. Oleh itu, manfaatkanlah pengambilannya!
Sebiji pisang sederhana besar mengandungi 1% kalsium, 8% magnesium dan 12% potassium. Pisang mampu menurunkan hormon stress dalam darah.

Tip: Boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan smoothies.

7. Lada Bengal Merah

Lada ini biasanya dipakai dalam hidangan antarabangsa seperti pizza. Tapi, sebenarnya ia juga menaikkan rasa serta aroma dalam masakan Asia seperti tomyam, lauk black pepper, atau ikan stim tiga rasa. Secawan lada ini mengandungi 1% kalsium, 4% magnesium dan 9% potassium.

Tip: Ia mampu tahan sehingga 10 hari jika disimpan dalam peti sejuk. Masukkan lada ini dalam apa jua hidangan.

8. Brokoli

Sayuran ini memang banyak khasiatnya. Mungkin bukan kegemaran anak-anak, tetapi ramai yang akan mula menyukainya apabila meningkat dewasa. Secawan brokoli yang sudah dimasak mengandungi 6% kalsium, 8% magnesium dan 14% potassium.

Tip: Selain bagus dijadikan diet untuk pesakit darah tinggi, ia juga mampu melawan kanser. Masukkan brokoli dalam sajian berasaskan sayur dan sup.

9. Ubi Kentang Manis

Ubi kentang manis atau ‘sweet potato’ sangat mudah dicampur ke dalam masakan seperti kari, kuah lemak cili padi, atau sup ayam dan daging.
Sebiji kentang manis sederhana besar mengandungi 4% kalsium, 8% magnesium dan 15% potassium.

Tip: Makan bersama kulitnya kerana ia memberi nutrisi yang lebih banyak berbanding makan tanpa kulit. Sedap dimakan apabila ia direbus dan dipanggang.

10. Avokado

Setengah biji avokado mengandungi 1% kalsium, 5% magnesium dan 10% potassium. Tip: Bahagian berwarna hijau gelap di bawah kulitnya mengandungi bahan yang boleh menangani masalah darah tinggi.

Makanan Semulajadi Baik Untuk Semua!

Seperti yang kita tahu, memang banyak khasiat makanan semulajadi seperti buah-buahan dan sayuran. Tidak semestinya penghidap darah tinggi perlu makan makanan semula jadi ini. Bagi mereka yang ingin mengelakkan daripada terkena penyakit ini, bolehlah amal memakannya sekarang. Ia ternyata sesuai untuk semua peringkat umur dan seisi keluarga.

Sumber: Petua Ibu

Author: admin

Leave a Reply