4 Tip Mudah Untuk Erat Hubungan Dengan Bayi Sejak Dalam Kandungan

Untuk para ibu yang sedang hamil sekarang mesti tak sabar untuk menantikan kehadiran Cahaya Mata korang kan? Lagi-lagi untuk yang pertama kali hamil, lagi lah excited! Semestinya semua kelengkapan untuk bayi korang sudah pun disediakan contohnya seperti lampin, tisu basah, napkin, baju, mittens, katil bayi, barangan mandi dan sebagainya. Ha, bila dah cukup semua tu, kira korang dah selesai semua lah. Tunggu baby lahir je hehehe.

Oh ya, sebelum tu admin nak kongsi serba sedikit tentang tips untuk para ibu di luar sana amalkan bagi mengeratkan lagi hubungan dengan bayi dalam kandungan. Biasalah, untuk si ibu ni ‘bonding’ dia lain macam sikit dengan anak, walaupun anak tu belum lahir tapi dah rasa macam dekat sangat dengan mereka. Betul tak?

1. BACAKAN BUKU CERITA ATAU AYAT-AYAT SUCI UNTUK BAYI DALAM KANDUNGAN

Aktiviti ini sebanyak sedikit boleh membantu si ibu untuk lebih aktif dengan role mereka sebagai seorang bakal ibu. Suara ibu dan bapa si bayi boleh menenangkan lagi bayi dalam kandungan.

Kalau korang nak tau, bila korang bacakan buku untuk bayi dalam kandungan, ia akan memudahkan lagi aktiviti ini untuk dilakukan selepas bayi dilahirkan. So, untuk para ibu tu korang bolehlah guna tips ni ye! Borak-borak sikit dengan bayi, mereka suka dengar suara ibu bapa mereka.

2. MAINKAN LAGU YANG MENENANGKAN. SLOW AND STEADY JE TAU ~

Kalau tadi admin cakap pasal bacakan buku untuk bayi dalam kandungan, ini pula tips untuk para ibu mainkan lagu yang perlahan, klasik dan memenangkan untuk bayi dalam kandungan.

Bayi yang berusia 17 minggu dalam kandungan, mereka sudahpun dapat mendengar suara dari luar rahim. Perkara ini juga boleh membuatkan ikatan dengan bayi menjadi lebih akrab. Kalau tak percaya, cubalah sendiri. Hehe

3. BAGI RESPON KEPADA PERGERAKKAN KANDUNGAN

Kalau kandungan korang memberikan pergerakkan seperti menendang dan sebagainya, jangan panik ya. Itu normal. Malah, perkara itu menandakan yang bayi anda aktif dan sihat dalam kandungan. Kejap tendang kiri, kejap tendang kanan. Mungkin baby boy?

Para ibu mesti ada perasaan teruja bila dapat merasai tendangan bayi mereka bila dalam kandungan. Perasan excited tu masih ada walaupun sudah hamil lebih dari sekali. Betul tak?

Bayi biasanya akan menendang bila mereka rasa persekitaran mereka bising, cahaya yang terlalu terang ataupun makanan yang ibu makan merangsang pergerakkan untuk bergerak. Jadi, apa yang korang patut lakukan, respon dan berkomunikasi tentang perasaan excited korang bila ini berlaku. Memang experience yang takkan boleh dilupakan!

4. MAKAN MAKANAN YANG SIHAT DAN SESUAI UNTUK BAYI DALAM KANDUNGAN

Sesetengah wanita memang akan hilang selera waktu hamil. Perkara yang selalu berlaku contohnya Morning Sickness, terutama pada trimester pertama. Memang benda yang sangat teruk bila korang kena berhadapan dengan perasan loyar setiap pagi atau lebih teruk sepanjang hari!

Tapi bila hamil, makanan yang korang makan adalah makanan yang bayi anda juga akan makan. Jadi, korang kena elak untuk makan makanan yang tidak sewajarnya diambil sewaktu hamil contohnya durian, benda-benda yang disimpan lama dalam peti sejuk seperti kek dan ais krim, benda yang terlalu pedas dan panas. Tapi kalau dah mengidam tu makan jela sikit, nanti kempunan pulak kan.

Banyakkan makan buah-buahan atau sayur-sayuran untuk memastikan baby berada dalam keadaan yang sihat. Minum susu ibu yang korang rasa sesuai. Barulah baby akan sentiasa sihat dalam kandungan.

Author: JVC

Leave a Reply