Gunakan Minyak, Bawang Putih Dan Lada Hitam Untuk Buang Gangguan Angin Dalam Badan

Sakitnya bila terkena angin ‘gangguan’ makhluk halus ini. Sesetengah orang kurang percaya perihal mistik sebegini. Karut katanya, tapi bila dah terkena dekat diri sendiri, tubuh kerdil itulah yang menanggungnya.

Andai rasa ada yang tak kena, boleh saja cuba petua minyak bawang putih dan lada hitam ini. Sebagai ikhtiar membuang angin akibat gangguan itu tadi. Seterusnya, kenalah mencari orang alim yang pandai merawat cara Islam.

Inilah yang dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin ketika membantu pesakitnya yang banyak angin akibat gangguan.

Cara Buat Minyak Bawang Putih-Lada Hitam

Sejak akhir-akhir ini banyak pesakit datang mengalami masalah angin dalam badan (banyak angin dalam badan). Jika badan banyak angin disebabkan gangguan makhluk halus boleh cuba cara di bawah.

Cara ini cumalah ikhtiar saja. Semua atas izin Allah. Buat dengan yakin, ikhlas dan sabar. Insya-Allah pasti dipermudahkan Allah.

  1. Ambil salah satu minyak masak sama ada minyak kelapa atau minyak gamat. Letakkan dalam piring kecil.
  2. Kemudian letakkan sedikit lada hitam ke dalam piring.
  3. Selepas letak lada hitam letakkan bawang putih sedikit ke dalam minyak.
  4. Selesai letak semua itu lalu baca :
    Al fatihah – 3 x
    Al ikhlas – 3 x
    Bismillah 5 – 3 x
    Selawat – 3 x
  5. Selesai baca sapukan di perut anda.

Ini Yang Akan Berlaku, Jika Ada Gangguan

Jika ada gangguan dan banyak angin dalam badan, anda akan sendawa keluarkan angin. Sekiranya bayi anda kerap kembung perut buat seperti di atas sapukan pada perut baby dan tapak kaki baby.

InshaaAllah izin Allah perut baby anak kecil anda tidak akan kembung lagi.

Cara ini hanya sebagai iktiar sahaja, kesembuhan semua atas izin Allah.

Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

Author: JVC

Leave a Reply