Duit ini kalau tak disimpan di medium yang betul, cepat sahaja ‘lesap’.
Entah apa yang dibelanjakan, tahu-tahu duit semakin mengurang. Sebab itulah pentingnya menyimpan untuk masa hadapan. Tak kiralah apa jua target anda, dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ini, anda disarankan untuk memiliki wang simpanan walaupun sedikit.
Oleh itu, salah seorang pengguna Facebook (Mohd Shukri Bin Zulkipli) berkongsikan cara untuk menyimpan duit di Tabung Haji tanpa caj.
Mudah sahaja rupanya.
Cara-caranya:
1. Log masuk ke perbankan internet pilihan. Pilih ‘JomPAY’.
2. Isi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi.
- *Biller Code – 60228
- *Biller Code Name – Tabung Haji – Deposit
*Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
- *Ref-2 – Jika ada.
- *Amaun (RM).
4. Ikuti arahan sehingga selesai transaksi.
Hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan atau sebaliknya dana akan dikembalikan. Pendeposit diminta untuk memeriksa status akaun TH mereka dengan menghubungi THCC di talian +603-6207 1919 atau menggunakan aplikasi THiJARI.
Selamat beramal. Jangan tunggu lagi. Penuhkan TH anda sekurang-kurangnya RM10,000.
Sekadar info, simpanan di Tabung Haji (TH) adalah berdasarkan konsep Wakalah bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan urusannya. Ia adalah patuh syariah serta dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
Peralihan kepada Kontrak Wakalah akan berkuatkuasa bermula 31 Disember 2019 menggantikan kontrak simpanan Wadiah Yad Dhamanah yang digunakan sebelum ini.
Menerusi kontrak baharu ini, TH adalah wakil untuk menguruskan dana pendeposit bagi tujuan aktiviti pelaburan dan operasi haji di mana keuntungan yang dijana pada setiap tahun akan diagihkan kepada pendeposit berdasarkan prestasi kewangan TH.
Wassalam
Credit to Penulis Asal