Buat Yang Belum Ada Rumah Sendiri Boleh Ikut 10 Panduan Ini Untuk Beli Rumah Pertama Anda

Ramai yang bertanya “orang bergaji rendah layak beli rumah ke?” Boleh je. Kau kena pastikan komitmen hutang kau tak terlampau tinggi. Pastikan DSR (nisbah beban hutang) di bawah 60%.

Kau kena tahu dulu dari segi DSR (Debt Service Ratio). DSR ni nisbah hutang kepada pendapatan korang.

Jika DSR BAWAH 60% : Peluang untuk lulus pembiayaan cerah. Jika DSR ATAS 60% : Peluang untuk lulus tipis ataupun langsung tiada peluang.

Formula DSR = Jumlah Hutang + Ansuran Bulanan Rumah Mahu Beli / Pendapatan Bersih X 100%

CONTOH: RM350 (Ansuran kereta) + RM700 (Ansuran rumah nak beli) / RM2000 X 100%= 52.5%

DSR bawah 60%. Jadi cerah untuk lulus pembiayaan perumahan.

Ansuran rumah yang perlu dibayar boleh semak guna aplikasi iMoney dekat Play Stre. Baiki DSR jika kau bergaji rendah. Macam mana? Dengan tambah pendapatan. Takpun kurangkan hutang dengan bank.

Rumah harga lingkungan RM100K biasanya adalah rumah kos rendah namun boleh jadi juga rumah kos sederhana. Rumah kos rendah tak semestinya harga bawah RM100K, dan rumah kos sedehana tak semestinya harga atas RM100K.

Bezanya, rumah kos rendah hanya boleh dibeli oleh pembeli rumah pertama dan ada syarat maksimum gaji.

1. Modal membeli rumah pertama antara 15%-16% dari harga rumah yang nak dibeli. 10% deposit rumah. 5% kos sampingan.

2. Jika kau layak memohon pembiayaan perumahan RM300K. Jangan cari rumah harga RM300K. Carilah rumah harga RM150K untuk dua unit. Ataupun dapat tiga buah rumah dengan harga RM100K.

3. Untuk rumah pertama MOF (margin pembiayaan perumahan) 90% , tetapi ada bank yang tawarkan hingga 95%, 100% bergantung pakej yang mereka tawarkan. Ada bank menawarkan pakej skim rumah pertamaku seperti BSN. Boleh rujuk bank tersebut.

4. Jika kau masih bujang, beli rumah pertama untuk pelaburan dahulu. Belilah rumah yang sesuai dengan kemampuan kau. Biarlah yang murah dan sederhana harganya.

5. Rumah pertama tak perlu rumah yang baru dibina. Tak perlu rumah atas tanah yang ada kolam renang atau yang mempunyai tempat letak kereta berbumbung dan terletak di tepi KLCC. Boleh cari rumah subsale apartmen kos murah ataupun kos medium.

6. Gaji rendah lagi beli rumah busuk, buruk yang orang tak nak dulu. Lepastu cat balik, baiki mana patut. Menggelupur orang nak beli nanti. Lepastu barulah beli rumah untuk duduk.

7. Rumah pertama boleh disewakan untuk mendapatkan pendapatan pasif bulanan. Biar kawan kau beli kereta ansuran bulanan RM700. Tapi kau beli rumah RM150K. Bayaran bulanan hampir sama.

8. Kenal pasti rumah yang nak dibeli. Kaji kemudahan asas yang ada berdekatan hartanah tersebut. Jangan main beli je lepastu menyesal.

Lokasi mudah dapat penyewa ialah lokasi yang berdekatan dengan kilang, sekolah, pusat pengajian, universiti, hospital dan kawasan yang mempunyai penduduk yang padat.

9. Buat pemeriksaan luar dalam sebelum setuju untuk beli rumah tersebut. Buat lawatan pada siang dan malam. Jika padat dengan orang, hartanah tersebut bagus untuk dibeli.

10. Akhir sekali, jangan tunggu dan terus menunggu. Kumpul lah deposit rumah mulai sekarang. Tak mampu simpan RM500 sebulan simpan RM100 sebulan pun okay.

Kalau kau malas nak buka Mudah, malas nak membvru hartanah dan malas nak survey memanglah tak jumpa. Terus cakap rumah murah dah takde.

Jika sekarang harga rumah pun kau rasa mahal, macam mana nasib anak kau nanti? Sekurang-kurangnya kau dah belikan untuk mereka aset hartanah nanti. Buat matlamat, satu anak, satu aset hartanah.

Sekadar berkongsi ilmu. Kah! TAG & SHARE jika bermanfaat.

Sumber : Amir Syahir

Author: admin

Leave a Reply