Roti canai antara sajian sarapan kegemaran ramai. Lihat sahaja restoran yang menjual roti canai, pasti penuh dengan pelanggan. Lebih enak jika dihidangkan dengan kuah kari serta sambal yang power. Anda nak cuba buat sendiri roti canai untuk keluarga? Jom belajar cara-cara pembuatannya dengan resepi yang dikongsikan oleh Hanifah Emeliah di laman Facebooknya.
Bahan-bahan:
- Tepung gandung 1kg
- Gula
- Garam
- Air suam
- Planta 2 sudu
- Minyak masak 3 sudu
- Kuning telur sahaja (sebiji)
Cara-cara:
- Larut kan garam,gula bersama air suam.
- Planta,telur dan minyak masak dan gaulkan bersama tepung tadi.
- Masuk kan air tadi sedikit demi sedikit.
- Uli sampai doh tak melekat di tangan
- Jika lembik tambahkan tepung. Kalau keras renjiskan air dan uli semula.
- Siap uli kemudian biarkan dlm 10 minit. Kemudian boleh buat doh bulat-bulat.
- Doh tadi sapu dengan Planta. Biar semalaman kemudian boleh ditebar.
Selamat Mencuba
Kredit: Hanifah Emeliah