Pokok belimbing buluh atau nama saintifiknya Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan. Mudah dijumpai di kawasan kampung dan kawasan perumahan kerana pokok ini mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Buahnya boleh digunakan untuk berbagai-bagai tujuan.
Khasiat Buah Belimbing Buluh
1. Ia mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur boleh menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau.
2. Jika direbus, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan d4rah tinggi dan pitam. Untuk menghilangkan batuk, campurkan segenggam bunga Belimbing Buluh dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Seterusnya direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, 3 kali sehari.
3. Untuk anda yang ada d4rah tinggi, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.
4. Untuk bayi yang diserang penyakit kuning, mandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.
Biasanya belimbing buluh ni kita guna untuk letak dalam masakan dan juga untuk buat Sambal Hitam. Jangan tak tahu, boleh juga buat jeruk tau. Ala..macam yang anda jeruk mempelam telur tu. Sedap! Dari biarkan buah busuk dan gugur, anda boleh buat macam ni pula. Mudah, jimat dan sedap!
JERUK BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN:
- Buah belimbung buluh
- Garam kasar secukupnya
- Gula ikut jumlah air & buah
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bersihkan buah belimbing dan potong hujung & pangkalnya.
- Rendam buah dengan air garam selam 1-2 hari. Jumlah garam agak-agak sahaja. Tak nak masin sangat sebab tujuannya hanya nak kurangkan rasa masam belimbing.
- Toskan air garam dan bilas sedikit buah belimbing dengan air bersih.
- Masak air gula dan biarkan suam.
- Susun buah dalam balang dan tuangkan air gula yang hampir sejuk.
- Letak sedikit cuka dan garam. Nak abiakan pun boleh.
- Biarkan belimbing mesra dengan air gula anggaran 1-2 hari. Kemudian bolehlah dinikmati. ( empunya resipi peram 1 jam dah boleh makan.)