Cara Mudah & Berkesan Rawat Demam Selsema, Batuk, Sakit Tekak Dengan Air Garam

Rupanya jika mengalami demam selsema, batuk mahupun sakit tekak boleh disembuhkan dengan membuat rawatan awal menggunakan air garam! Ia cara berkesan dan cukup mudah untuk melegakan gejala penyakit-penyakit ini dalam masa dua hari.

Berikut perkongsian daripada Public Health Malaysia sebagai rujukan;

Sekiranya mengalami demam selsema ( demam/ batuk/ sakit tekak/ selsema), air garam merupakan antara rawatan yang berkesan dan mudah. Bagaimana ia bertindak? Sel tubuh akan mengunakan klorida dari garam untuk menghasilkan hypoclorus acid , iaitu cecair peluntur yang berfungsi sebagai pemusnah virus.

Untuk masalah selsema, titiskan air garam di hidung. Selain membunuh virus, ia juga berfungsi sebagai agen mencairkan mukus pekat yang menyumbat saluran pernafasan. Bagi gejala sakit tekak dan batuk, kumur air garam 3 kali sehari untuk melegakan gejala dan merawat jangkitan.

Hasil kajian ringkas penyelidik mendapati, dengan menggunakan kaedah ini,

  • Jangkitan dapat sembuh lebih pantas dalam tempoh kurang 2 hari.
  • Risiko menyebarkan kuman kepada orang lain di kurangkan
  • dapat mengelakkan dari perlu mendapatkan rawatan di klinik dan menjimatkan kos
  • Dapat mengelakkan penyalahgunaan antibiotik

Secara purata, seorang individu akan menghidap demam selsema 3 kali setiap tahun. Selain menyebabkan rasa tidak selesa, komplikasi serius seperti pnemonia juga boleh berlaku. Dapatkan pemeriksaan lanjut jika masih tidak sembuh atau keadaan semakin teruk. Cara menyediakan larutan air garam mengikut The Edinburgh and Lothians Viral Intervention Study (ELVIS)

Bahan-Bahan:

  • 1 sudu teh garam
  • 100ml Air

Cara Membuat:

  • Pastikan air di masak terlebih dahulu
  • Gunakan 1 sudu teh garam
  • Tambahkan separuh cawan air masak (100ml)
  • Jika air terlalu masin, tambah air lagi.
Kredit Foto: Public Health Malaysia

Semoga perkongsian ini bermanfaat! jadi selepas ini jika ada tanda-tanda mengalami demam, selsema, batuk mahupun sakit tekak boleh cuba rawatan awal dengan titisan air garam ini dahulu.Manalah lah tau serasi dan berkesan, cepat sembuh!

Sumber: Public Health Malaysia

Author: admin

Leave a Reply