Betul ke wanita yang cantik selalu curang? selalu curang mungkin tidak, tapi berkemungkinan dia akan curang itu mungkin tepat. Satu topik yang boleh buat wanita cantik kat luar sana panas hati.
HORMON ESTRADIOL JADIKAN MEREKA SENTIASA KURANG PUAS HATI DENGAN PASANGAN YANG ADA.
Bagi mereka yg mempunyai banyak estradiol, iaitu satu bentuk estrogen, selalunya lebih menarik dari segi fizikal tubuh badan dan paras rupa akan lebih mudah memerangkap lelaki. Mereka juga kurang berpuas hati dengan pasangan yang mereka ada. Dengan itu wanita yang sedemikian sering berlaku curang, menurut hasil kaji selidik yg disiarkan dalam Journal Royal Society.
Hormon steroid ov4ri itu juga dikaitkan dengan muka bersimetri, bentuk tubuh yang menawan dan nisbah ukuran pinggang ke paha yg rendah. Penyelidik juga mendapati bahawa wanita cantik berkemungkinan besar mengambil kesempatan terhadap kes3ksian mereka untuk menawan hati lelaki terbaik.
bukan semua yang cantik macam ni, tapi melalui kajian saintifik ada benarnya juga. wanita cantik memang cenderung untuk berlaku curang terhadap pasangan kerana mereka merasakan diri mereka boleh mendapatkan yang lebih baik dari apa yang mereka ada.
Dr. Kristina Durante berkata: “Wanita yg secara fizikalnya cantik bukan setakat mempunyai banyak pilihan, malah standard tinggi mereka juga yang sukar dipu4skan. Mereka juga mempunyai alasan yang sedikit untuk komited kepada hubungan dengan pasangan yang khusus jika ada lelaki berpotensi yang lebih berkualiti.”
Dalam kajiannya, Kristina dari Universiti Texas, AS, mengukur paras estradiol di kalangan 52 pelajar wanita. Analisis yang dilakukan menunjukkan wanita paling cantik menikmati kepu4san paling kurang. Bagaimanapun mereka akan memilih untuk menjalin hubungan jangka panjang daripada mengadakan hubungan singkat dengan beberapa lelaki.
Mungkin lelaki dekat luar sana yang punya kekasih hati yang cantik mesti bercakap “ah takkan la girlfriend aku curang, girlfriend aku setia kot’ yer ke? mungkin ya atau mungkin tak.” Orang kalau dah rasa diri dia cantik dia takkan puas dengan yang dia ada. Sebab apa saya cakap macam ni sebab ada pernah jumpa orang yang di catagorize kan diri dia ni cantik memang dia tak jujur dengan pasangan dia. Ni contoh saya la. apa yang saya nampak, dia dah ada pasangan tapi masih lagi mencari yang lebih lagi.
Maksudnya dia fikir dia cantik dan boleh dapat pilihan yang lagi bagus dari apa yang dia dah ada sekarang ni dan dia pernah cakap dengan package yang dia ada dia boleh dapat lelaki yang lebih handsome dan lebih kaya lagi. Perlukah untuk curang? kalau ya pun nak mencari yang lebih baik tapi tak perlu la sampai pasang sana sini, kan?. Kadang-kadang orang cantik ni dia guna kelebihan diri ke arah yang tak berapa nak elok, pasang sana sini untuk dijadikan supporter. Kalau lelaki yang tak kesah takpe la, tapi buatnya lelaki yang berdendam, silap hari bulan jadi pulak hal yang bukan-bukan.
Jika kita mempunyai kelebihan dari segi rupa paras bersyukur lah, tak perlu la gunakan kelebihan yang ada untuk menyakitkan hati atau mempermainkan perasaan orang, kesian kat mereka yang ‘terkena’ tu…. (tapi lelaki pun satu… nak yang cantik je… ha padan la muka kalau terkena pasangan yang jenis ni.). Tepuk dada tanya lah hati.