Bertarung Jiwa Untuk Dapat Tidur Yang Lena? Cuba Buat Lima Perkara Ni

Saban hari setelah penat bekerja, badan kita pasti lesu dan apa yang berlinggar di kepala hanyalah untuk menikmati tidur yang lena. Namun begitu, bukan semua orang mudah untuk melelapkan mata. Biarpun badan lemah dan tidak bermaya, sebaik sampai di rumah, tentu mata yang mengantuk tadi serta-merta berubah jadi ‘cerah’ semula. Jadi apa yang kita boleh lakukan?

Ini kami kongsikan lima cara yang mungkin membantu.

#1 Jangan Minum Kafien Waktu Tengahari/Petang

Minuman tinggi kafien atau kopi umpamanya adalah minuman yang harus dielakan. Jika hendak minum sekalipun, pastikan ia diambil sebagai sarapan (ketika awal pagi). Jika tidak, ia pasti akan menggangu waktu tidur anda.

#2 Elak Berdepan Dengan ‘Skrin Biru’

Antara masalah yang kerap kita terlepas pandang adalah rata-ratanya suka bermain gajet sebelum tidur. Biarpun sudah bersedia untuk tidur di atas tilam yang empuk, mata dan jari-jemari masih aktif melihat-lihat akaun sosial dan sebagainya.

Oleh itu, disiplinkan diri dengan mengelak untuk memegang atau berhadapan dengan sebarang peranti baik telefon pintar, tablet, televisyen atau komputer riba. Bila sudah atas katil, paksa diri untuk pejam mata.

#3 Jangan Makan Makanan Berat Sebelum Waktu Tidur

Bila diri sukar menahan nafsu, kalau lapar sekalipun, tunggu sahajalah sehingga waktu sarapan keesokannya. Sebab itu kalau boleh, makanlah puas-puas ketika waktu makan malam.

Susu dan teh kamomil umpamanya amat baik untuk diamalkan sebelum tidur kerana ia bantu untuk menenangkan diri sekaligus mempercepatkan proses tidur.

#4 Beli Tilam Bermutu

Ada bajet lebih? Apa kata peruntukanlah sedikit wang untuk membeli tilam yang berkualiti. Beli tilan yang tidak menggugat posisi tidur. Apabila keadaan di sekeliling selesa, sudah pasti tidur anda lena. Pastikan juga lampu dipadamkan serta udara dalam bilik sejuk.

Manfaatkan cadar dan sarung bantal fabrik kapas kerana ianya sejuk dan bisa menyerap peluh secara konsisten. Tetapi jika hendak kulit dan rambut yang sihat, gunakan cadar dan sarung bantal sutera.

#5 Mandi Air Panas

Air panas akan bantu tubuh jadi tenang dan relaks. Sebaik selepas mandi air panas, otak anda akan merangsang tubuh jadi mengantuk seterusnya memudahkan proses tudur. Gunakanlah juga syampu dan sabun yang merasaskan bahan botanikal kerana badan botanikal beraroma umpamanya akan bantutubuh jadi relaks (berfungsi seperti aromaterapi). Jangan lupa,  sapu losyen pada keseluruhan badan kerana kulit mudah kering jika sering terdedah dengan air panas.

Pokok pangkalnya, diri anda yang kena berdisiplin lebih-lebih lagi jika terlalu obses menggunakan media sosial. Mulai saat ini, jika hendak tidur yang lena dan cukup, sila elak berinteraksi dengan gajet okay?

Selamat beramal!

Author: JVC

Leave a Reply