Ikuti Cara Wanita Ini Mendapatkan Kulit Wajah Cantik Dengan Ais Batu Jer

Ternyata AIS BATU bukan setakat menyejukkan minuman, malah boleh jadi petua kulit cantik! Yang dapat merawat kecantikan wajah.Ada banyak manfaat lain yang boleh digunakan untuk mengubati masalah jerawat yang muncul di wajah anda.

Berikut beberapa manfaat untuk kulit cantik menggunakan AIS BATU :

1. MENYEGARKAN KULIT WAJAH YANG PENAT

Apabila anda menekap ais di wajah, secara automatik tubuh akan mengirimkan peningkatan aliran darah panas ke kawasan tersebut, sehingga meningkatkan peredaran darah.

Perkara ini akan menimbulkan efek yang menyegarkan pada kulit anda yang kelihatan penat ataupun kusam. Caranya mudah sahaja, ambil beberapa ketulan ais dan letakkan dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda. Tetapi, ingat ya… jangan tekap ais tersebut secara langsung ke wajah anda kerana ia boleh merosakkan pembuluh darah kapiler.

2. MENGECILKAN RUANG PORI

Ais juga boleh digunakan sebagai ubat paling efektif untuk meminimumkan ruang pori-pori yang membesar. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil di wajah anda untuk mengurangi ukuran pori-pori sebelum anda memakai mekap.

3. MENGUBATI MATA SEMBAB

Kurang tidur, terlalu stress atau mata yang penat boleh menyebabkan mata kelihatan sembab atau bengkak. Anda boleh menggunakan mengunakan ais ini jika anda sedang mengalami kesedihan berlebihan, menangis tak berhenti. Tidak mustahil, mata anda akan menjadi bengkak.

Untuk menguranginya, anda boleh memanfaatkan ais batu. Caranya, bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tuala dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan di mata anda.

4. MENGURANGKAN MASALAH JERAWAT

Ketika jerawat muncul di wajah anda, ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangi bengkak dan kemerahan tersebut. Selain itu, penggunaan ais batu ini juga sebagai penyeimbangan kadar minyak berlebihan serta mengempiskan dan menghilangkan jerawat anda.

5. MENGURANGKAN BULU-BULU HALUS

Jika anda memiliki bulu-bulu halus di sekitar wajah dan stress dengan pertumbuhannya, anda boleh cuba mengurangkannya dengan menggunakan ais batu. Penggunaan ais batu sangat membantu untuk menghilangkan semua akar-akar kecil pada kawasan wajah anda.

6. WAJAH LEBIH ANJAL & LEMBUT

Jika anda ingin memiliki wajah yang lebih anjal dan lembut, petua kulit cantik guna ais adalah jawapannya! Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, lakukannya tiga kali dalam seminggu.

7. MENINGKATKAN PEREDARAN DARAH

Petua mendapatkan kulit cantik guna ais yang seterusnya, gosoklah ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama seminit. Ia berfungsi untuk meningkatkan perjalanan darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan secara rutin, tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.

8. MEKAP MENJADI TAHAN LEBIH LAMA

Anda disarankan untuk menekap wajah dengan ketulan ais batu yang dibaluti tuala kecil beberapa minit sebelum mengaplikasikan solekan di wajah. Setelah menekapnya dengan ais batu, biarkan selama lima hingga 10 saat supaya airnya mengering sebelum anda apilkasikan serum ataupun mekap.

Ketulan ais batu akan membantu menjaga mekap menjadi tahan lebih lama serta membantu untuk menutup ruang pori-pori pada wajah. Itu saja yang boleh disampaikan mengenai manfaat dan khasiat ais batu untuk kulit wajah yang perlu anda ketahui. Cara ini selamat tidak ada efek samping yang membahayakan penggunanya. Anda boleh mengaplikasikan beberapa tip diatas di rumah di ketika anda ada masa terluang.

kredit : FB Perlashinekapsulmutiara

Author: admin

Leave a Reply