Boleh Cuba Kaedah Buat ‘Air Penggalak’ Untuk Pokok Cili Supaya Berbuah Lebat Dan Tahan Penyakit

Pokok cili antara yang selalu di tanam di rumah. Biasanya pokok memang akan hidup cuma masalah yang dihadapi cili tak banyak atau tak lebat dan selain selalu kena serngan serangga.

Kalau nak hasil cili yang lebat selain pokok cili yang ditanam tahan penyakit boleh ikut petua yang dikongsi oleh Izham Alias.

Menurutnya pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok dari serngan serangga dan penyakit selain lebat cilinya.

Pokok cili antara pokok yang sukar untuk ditanam. Bermula ketika proses semaian sehinggalah kepada menuai. Kalau nasib baik, mungkin dapat rasa hasil tanaman sendiri. Kalau tidak gigit jari, nak tak nak kenalah beli di pasar sahaja.

Cara buat penggalak tanaman untuk pokok cili

Cara buat:

  • Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
  • Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
  • Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
  • Peram selama sebulan.

Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.

Bahan:

  • Belacan – 100g
  • Gula molases / gula merah – 100g
  • Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL

Kuantiti ini jika pokok cili yang ditanam banyak.

Cara penggunaan:

Campurkan 10 mL pati penggalak + 2 L air biasa

Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali

Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman sayuran lain.

Sumber: Izham Alias

Author: admin

Leave a Reply