5 Tips Hebat Untuk Menjadikan Rumah tangga Anda Sentiasa Ceria
InsyaAllah, semoga tips ini dapat sama-sama kita amalkan, khususnya bagi yang belum berumah tangga.
1. Amalkan amalan seperti bersalam (dengan anak-anak) dan berpelukan (setiap hari sebelum & selepas bekerja. InsyaAllah, amalan ini sangat baik dan boleh menceriakan rumah tangga anda.
2. Amalkan makan bersama keluarga. Biasanya bila soal makan, ramai yang akan fikir makan bersama seperti dalam drama tv tuh. Makan bersama yang saya maksudkan adalah berkongsi makanan di dalam satu talam/pinggan dan berkongsi minuman dalam bekas yang sama. Memang bagi orang yang tidak pernah coba cara ini mereka akan merasa agak janggal, tapi kalau sudah mencobanya, saya yakin hubungan suami istri akan jauh lebih erat. Apalagi jika si suami menyuap makanan ke dalam mulut si isteri. Oh, memang indah!…
Inilah akhlak Rasulullah terhadap isterinya.
3. Membuat mesyuarat harian. Jangan salah anggap. Mesyuarat yang saya maksudkan bukanlah mesyurat rasmi. Mesyuarat bersama suami isteri dan anak-anak adalah mesyuarat yang diadakan dalam suasana tidak formal & santai. Contohnya sebelum tidur, semasa makan dan sebagainya.
4. Menghidupkan rumah dengan amalan taa’lim.Amalan taa’lim di rumah ibarat seperti enjin pada sebuah kereta. Tanpa enjin, kereta tak akan berguna. Hidupkan amalan membaca hadist & membaca ayat suci al-Quran, atau apa-apa amalan keagamaan di rumah secara berjemaah. Ajak ahli keluarga (suami) duduk bersama selama 5-15 menit (minimum) setiap hari. Inilah amalan yang menjadi amalan para sahabat selepas mereka kembali dari majlis Rasulullah s.a.w di masjid.
5. Menzahirkan kasih sayang terhadap ahli keluarga.Kasih sayang itu perlu dizahirkan, bukannya dipendam. Kasih sayang terhadap isteri perlu dizahirkan. Maksud dizahirkan di sini bukannya dizahirkan dalam bentuk harta & kemewahan, tapi dizahirkan melalui perhatian, kata-kata, tingkah laku di rumah, akhlak terhadap isteri dan sebagainya. Seorang suami yang mencoba untuk memasak & melakukan pekerjaan rumah di rumah akan dihormati oleh istrinya selama-lamanya.
5 Tips ini bukanlah tips yang direka-reka, tapi inilah lima cara yang telah ditunjukkan Rasulullah s.a.w kepada ahlinya (keluarga). Maksudnya ini adalah sunnah nabi. ”Barangsiapa yang mencintai sunnah, dia akan bersama Rasulullah di surga kelak”