Kisah Pengorbanan Seorang Ayah

Pengorbanan Seorang ayah.

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-
lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya,
“Pakcik, laptop…” – dia tersenyum dan masih
melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku
menyambung lagi, “Nak beli untuk anak ke?”,
“Ya, nak beli untuk anak – dia nak sambung belajar.

Laptop yang mana yang ok?”. Aku mempromosi barang seperti biasa – aku
biasanya mengsyorkan yang paling murah.
“Kalau nak yang bagus mahal pakcik – tapi
kalau setakat nak buat belajar yang nie lah,
Samsung – seribu seratus lebih je…”. Dalam
aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut
“Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa
nak ada lagi ni…” – pergi dengan suatu
perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku
berkerja setiap hujung minggu sahaja,
kebetulan – aku duduk di kaunter menunggu pelanggan – dia datang semula ke kedai, tapi
dengan anaknya – perempuan. “Yang mana ya
yang haritu, ada lagi tak?”, “Yang nie Samsung
haritu, tapi yang nie stok baru – harga sama
je”, aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, “Yang nie ok ke
dik?” – “Ermmm, ok ke nie murah je – karang
rosak karang susah…” jawabnya dengan
muka yang kurang puas hati – anaknya seperti
menginginkan yang lain yang lebih mahal.
“Yang acer nie x boleh ke ayah?”, ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan
negosiasi, “Yang acer nie berapa boleh murah
lagi?” – “Yang tu tak dapat dah pakcik,… Dah
harga kos dah tu…” aku dengan rasa geram
namun masih dalam nada yang baik
menyambung lagi, “Dik, nak laptop untuk belajar kan… Rasanya kalau untuk belajar –
yang nie lebih dari cukup – rosak tak payah
pikir sangat – warenti setahun.”. Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas
dasar aku seperti mengerti kerut wajah
bapanya.”Oklah, yang ini.” jawab anaknya.

Sedang aku menulis resit dan membungkus
laptop dari meja ‘display’ – aku terpandang
bapanya yang mengira duit untuk membayar – aku nampak dompetnya kosong – habis semua
duit digunakan untuk membayar laptop. Dia
menyerahkan duit kepadaku dan aku
mengiranya semula – dia melihat tanganku
yang mengira. Habis aku mengira – wang aku
masukkan dalam cash drawer, “Cukup duit tadi dik?” – “Cukup, Terima Kasih ya…”. Dia dan
anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya
menahan airmata mengira duit yang diberikan
– RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50.
Aku membayangkan dari mana si ayah
mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya – penuh harapan.Aku geram
kepada anaknya – seperti dia tidak tahu
ayahnya bagaimana – hanya tahu minta.

Aku
tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-
awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku
perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke
rumah dan perlu ‘mengais’ untuk hari
esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa)
kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya
sepertimana mereka mendidikku pada waktu
kecil. Amin…

*HARGAILAH PENGORBANAN IBU & BAPA KITA.

 

www.ibubapamithali.blogspot.com

Author: admin

Leave a Reply