Wanita Ini Dedahkan Rahsia Tip Berkebun Secara Organik Di Balkoni Tingkat 10, Memang Subur

Duduk dirumah tinggi ramai yang menyangka tidak boleh berkebun atau bercucuk tanam. Namun Gee Ja tinggal di rumah tinggi tidak menjadikan ia sebagai alasan, ini terbukti Gee Ja berjaya tanam pelbagai jenis sayuran di balkoni rumahnya yang terletak di tingkat 10. Beliau kali pertama berkongsi rahsia tips sesuai berkebun kecil di balkoni tingkat 10, untuk bekalan makan sendiri & stress relief.

Antara jenis tanaman yang sesuai untuk ditanam di rumah tinggi adalah:

  • sawi choy sum,
  • pakchoy,
  • kailan,
  • kangkung,
  • bayam,
  • bayam brazil,
  • genovese basil,
  • thai basil,
  • bendi,
  • ulam raja,
  • kunyit,
  • bangun-bangun,
  • pudina.

Cabaran dan tip berkebun di balkoni:

  • Angin kuat, pasu tergolek tu biasa. Saya tak guna pasu yang berat nanti susah nak alih-alih.
  • Balkoni saya agak terlindung, hujan memang tak kena, cahaya matahari pun agak terhad. Kena gilir-gilir alih pasu supaya semua sayur dapat cahaya yang cukup.
  • Sangkaan awal saya kalau bertanam di tingkat tinggi ni kurang perosak. Sebenarnya tidak. Banyak serangan aphid, spider mite (ni paling susah nak lawan), mealy bug & fungus

Kawalan serangga perosak organik 

  • Setakat ni guna cuka kayu & juga buat spray cili+garlic+sabun cuci pinggan utk control.
  • Tak berjaya sgt. Apa lagi ya yang boleh diguna?
  • Saya tak nak guna racun.

Sumber Facebook Gee Ja

Author: admin

Leave a Reply