Kalau buat sos sendiri, ini akan jimatkan kos kaum mak-mak yang ada keluarga besar dan sangat berguna kalau anda ada niat nak berniaga sebab semua resepi yang dikongsikan Puan Rohaizan Saari sangat mudah!
Macam mana buat, mak-mak boleh rujuk bahan-bahan apa yang diperlukan, nanti boleh buat stok dalam peti di rumah.
Mayonis, sos lada hitam, sos cili semuanya saya buat sendiri, jimat! Lagi-lagi kalau buat untuk berniaga ini semua nak save… buat sndiri terjamin kebersihannya. Dapat pujian sedap dan kekalkan rasanya!
Tak perlu beli lagi. Kalau nak kuantiti yang banyak gandakan je ye resepinya.
Kuantiti resepi yang saya share ni tak banyak, mayonis dan sos chili, boleh tahan dalam sebulan kalau simpan dalam freezer. Black papper saya tak pasti, saya berniaga jadi tak sempat simpan lama dah habis!
Saya buat lagi, seminggu 2 kali buat kuantiti seperti dalam gambar tu. Cuba sikit dulu, kalau ok baru buat banyak ya kawan-kawan.
Mayonis
- Telur 4 biji (yang belum dimasak, ambil putih dan kuning telur sekali)
- Gula 4 sudu besar
- Garam satu sudu besar
- Lemon separuh biji (air perahan lemon, kalau tak ada boleh gantikn dengan sesudu besar cuka makan)
- Minyak masak 2 cawan.
Ketahui Cara Buat:
- Masukkan semuanya kecuali minyak dan blend, bila dah sebati baru masukkan minyak dan pastikan blend hingga putih likat.
- Kemudian masakkn dengan api yang paling kecil kacau hingga pekat. Jangan sampai mendidih pula ye. Ikut pekat yang kita mahu je. Dah sejuk blend kan untuk dapatkan tekstur yang halus… siap!
Resepi sos black papper
- 2 sudu lada hitam direndam slme 4 jam (kalaau nk rasa lebih pedas boleh lebihkan) diblend dgn air rendaman tu sekali..
- Tepung gandum 3 sudu besar
- 1 biji Bawang holland dicincang
- Kiub ayam seketul
- Air secawan
- 3 sudu besar butter
- Sos lada hitam 2 sudu besar (tak ada pun tak apa)
- Sos tiram 2 sudu besar (kalau x nak isi pun tak apa)
- Kicap 2 sudu untuk warna (tak isi pun tak apa)
Ini cara-cara:
- Cairkan butter.
- Masukkn bawang dan lada hitam sehingga naik bau dan masukkn tepung kacau-kacau hingga sebati. Masukkn air dan kiub ayam. Kemudian kicap untuk warna yang kita mahu. Masuk gula jika mahu, garam dan serbuk perasa. Masak hingga kepekatan yang kita mahu… siap!
Buat Sos Cili Thai
- Lada besar 10biji (buang biji)
- Lada kecil merah 5 biji (kalau nak pedas boleh lebihkan)
- Bawang putih 3 @ 5 ulas
- Gula secawan (boleh lebih dan kurangkan jika mahu)
- Tepung jagung 3 sudu atau lebih. Untuk memekatkn (bancuh bersama sdikit air)
- Garam sdikit
- Cuka 2 sudu besar
- Air 4 cawan
Cara Untuk Buat:
- Lada diblend dengan bawang putih.
- Masukkan dalam periuk dan masak sehingga didih. Kemudian masukkn gula cuka garam sedikit. Air 4 cawan (boleh lebihkn) dan bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kepekatan dan ikut kemanisan yang kita mahukan. Siap.
Sumber: Petua Ibu